Perlukah Ambil Vitamin Untuk Tambah Susu Ibu?

Ramai bakal ibu dan ibu-ibu baru yang bertanya kepada saya soalan ni. Sebelum saya jawab soalan favourite ni, anda perlu tanya diri anda dahulu adakah anda inginkan bayi anda disusukan secara eksklusif dan sampai umur berapa anda ingin susukan bayi anda?vitamin tambah susu

Mungkin ada diantara anda yang kurang jelas atau keliru tentang penyusuan secara eksklusif. So, saya kongsikan sedikit info tentang Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif:

Penyusuan Susu Ibu secara eksklusif dikatakan dapat dicapai apabila bayi diberikan susu ibu dari hari pertama dilahirkan sehingga berumur 6 bulan tanpa diberikan apa-apa makanan atau minuman tambahan termasuk air kosong/air masak.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan sangat penting kerana ia dapat mengurangkan risiko bayi mendapat masalah cirit-birit dan jangkitan serta mengurangkan kadar kematian bayi. Selain itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan risiko jangkitan pada saluran pernafasan bayi anda daan ia juga terbukti dapat menguatkan sistem pertahanan tubuh bayi anda. Ia juga sangat bermanfaat kepada pembentukan tulang, rahang, gigi dan pertuturan bayi anda.

Selain daripada penyusuan susu ibu secara eksklusif ibu-ibu juga disarankan agar meneruskan penyusuan selepas bayi berumur 6 bulan dan  digalakkan untuk meneruskannya sehingga bayi anda berumur 2 tahun. Ini kerana susu ibu merupakan susu terbaik didunia yang diciptakan oleh Allah S.W.T untuk bayi anda yang mana ianya tidak dapat ditandingi oleh mana -mana susu formula samada susu lembu atau susu soya yang dicipta oleh manusia.

Berbalik kepada soalan tentang ‘Perlukah ambil vitamin tambah susu ibu?’ Kalau anda menjawab ya untuk salah satu atau kedua-dua soalan diatas, bermakna anda memang perlukan vitamin tambah susu ibu. Kenapa saya cakap macam tu? sebabnya penghasilan susu ibu akan ada turun naiknya. Anda akan melalui suatu tempoh dimana kadar penghasilan susu menurun atau sedikit sepanjang proses penyusuan berlangsung. Kecuali la anda dah ada stok susu yang sangat banyak sampai cukup untuk kegunaan anak anda selama 6 bulan. Walaupun anda rasa sekarang ni bayi anda minum susu cukup je tapi belum tau lagi susu tu akan maintan je macam tu.Sebab itu la vitamin untuk tambahkan susu ibu sangat-sangat digalakkan untuk diambil oleh ibu menyusu.

Kalau anda rasa anda mampu susukan anak anda tanpa pengambilan apa-apa vitamin, elok anda fikirkan semula. Ini kerana untuk memastikan susu anda mencukupi untuk bayi anda sehingga tempoh yang anda sasarkan, anda perlu mempunyai stok yang banyak kerana seperti yang saya maklumkan sebelum ni penghasilan susu akan ada tempoh pasang surutnya. Justeru, anda disarankan membuat stok seawal yang mungkin. Saya tahu sebahagian daripada anda akan mengatakan ‘ walaupun saya tak ambil apa-apa supplement tapi susu saya tetap banyak je”. Tapi anda perlu ingat, susu ibu dihasilkan melalui campuran nutrisi-nutrisi penting dalam tubuh ibu. Kekurangan nutrisi akan membantutkan penghasilan susu ibu.

Mungkin ada sebahagian daripada anda yang tetap boleh menghasilkan susu walaupun tak cukup nutrisi tetapi kesan jangka masa panjangnya ialah badan anda akan mengalami masalah untuk menjalankan fungsinya dengan baik kerana kekurangn nutrisi penting. Selain itu, juga susu yang dihasilkan juga akan turut menerima tempias kekurangan nutrisi juga. Di sinilah supplement memainkan peranan pentingnya iaitu menggantikan semua nutrisi yang telah digunakan untuk hasilkan susu. Oleh kerana itulah supplement atau vitamin tambah susu sangat penting untuk banyakkan susu ibu..:)

Jom baca tentang Set Penyusuan Shaklee yang sangat-sangat membantu untuk tambahkan susu ibu di sini.

Saya berhenti disini dulu ye sebab mata pun dah mula mengantuk. Sehingga berjumpa lagi dalam entry seterusnya.

Inginkan Set Penyusuan Shaklee untuk tambahkan susu ibu? Sms/whatsapp ke 012-3461698 sekarang juga!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose