Tips kekal Selesa Semasa Kontraksi Braxton Hicks

Salam Aidilfitri!

Dalam sibuk2 beraya ni ramai juga yg dapat baby atau dah sarat bawa baby beraya. Kebetulan kakak saya pun menunggu hari juga raya kali nie. Bila terasa kesan kontraksi braxton hicks, mula la menggelabah sebab mungkin rasa dah nak beranak. So kali ni saya nak share lah tentang braxton hicks ni berdasarkan pengalaman dan rujukan yang saya buat.

Kontraksi Braxton Hicks ialah keadaan dimana rahim anda mengalami pengecutan. Bila Braxton Hicks berlaku anda akan rasa seperti bahagian bawah perut anda mengeras. Sebenarnya Braxton Hicks ialah petunjuk bahawa rahim anda sedang melakukan latihan sebagai persediaan untuk proses kelahiran nanti.

Masalahnya ramai bakal ibu yang keliru mengenai kontraksi sebenar dan kontraksi Braxton Hicks. Saya sendiri pun pernah mengalaminya..:). Jom saya kongsikan sedikit info tentang kontraksi sebenar dan kontraksi Braxton hicks.

Perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi sebenar:

kontraksi braxton hicks

Kontraksi Braxton Hicks

  • Terjadi 1 atau 2 kali dalam tempoh sejam, mungkin beberapa kali sehari.

 

  • Biasanya berhenti apabila anda bertukar aktiviti.

 

  • Kontraksi Braxton Hicks tidak teratur.

 

  • Tempohnya juga tidak lama iaitu kurang daripada 1 minit

kontraksi bersalinKontraksi Sebenar

  • Berlaku dalam tempoh yang lama

 

  • Ritma kontraksi sebenar lebih teratur. Kontraksi sebenar akan berlaku secara konsisten contohnya setiap 20 minit, 15 minit, 10 minit sehinggalah rahim bersedia untuk proses pelahiran.

 

  • Kesakitan akibat kontraksi sebenar lebih menyakitkan. Bak kata Gynae saya dulu, kalau kontraksi sebenar “muka memang tak boleh nak senyum dah..” :)

Okay, sekarang anda dah tahu tentang kontraksi Braxton Hicks. Saya kongsikan pula beberapa tips untuk kekal selesa semasa Kontraksi Braxton Hicks.

Bila anda mula mengalami kontraksi dan tidak pasti samada ianya kontraksi sebenar atau Kontraksi Braxton Hick, cuba amalkan beberapa tips di bawah:

  • Tukar aktiviti atau posisi apabila anda merasakan kontraksi.

 

  • Dapatkan rehat secukupnya dengan baring di sebelah kiri tubuh. Tenangkan diri anda dengan mendapatkan rehat yang cukup.

 

  • Minum air secukupnya kerana dehidrasi akan mengakibatkan otot mengecut dan kontraksi berlaku.

 

  • Buang air kecil lebih kerap. Kontraksi Braxton Hicks lebih kerap berlaku ketika pundi kencing penuh.

 

  • Amalkan teknik pernafasan yang betul. Pernafasan yang berirama akan membantu mengurangkan kesakitan.

 

  • Mandi air suam juga dikatakan membantu mengurangkan rasa sakit semasa Kontraksi Braxton Hicks.

 

okay, semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini. Jumpa lagi dalam entry akan datang.

 

Anda sedang mencari Set Bersalin Terbaik untuk tempoh berpantang nanti? Set Bersalin Shaklee terbukti berkesan dan selamat untuk ibu dan bayi. Ramai para ibu diluar sana yang telah mecuba dan sangat berpuas hati dengan kesannya.

 

Anda bila lagi? Buatlah pelaburan yang bijak untuk anda dan bayi!

 

Klik ‘Order Now’ atau SMS/Whatsapp saya di 012-3461698 sekarang juga!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose