Tips Banyakkan Susu Badan

Nak Tips Banyakkan Susu Badan? Penyusuan Susu Ibu adalah salah satu topic yang paling saya suka. Kalau di tanya tentang topic ni memang saya rasa excited sangat nak cerita.hehe

 Tips Tambah Susu Badan

Semasa mengandung anak pertama dulu saya memang selalu tercari-cari tentang Tips Banyakkan Susu Badan. Saya memang baca pelbagai sumber Penyusuan Susu Ibu yang ada termasuklah buku, majalah dan Internet.

Bagi yang rajin membaca dan melayari internet pasti anda akan terbaca pelbagai Tips Banyakkan Susu Badan. Memang ada macam-macam cara yang disarankan oleh komuniti ibu menyusu dan pakar laktasi mengenainya.

Antara Tips Banyakkan Susu yang disarankan selain konsep ‘Demand & Supply‘ dan ‘Power Pumping’ ialah makan/minum halba, barli, longan kering, lobak putih, susu, Alfalfa dan lain-lain lagi.

Memang ramai yang berpuas hati dengan hasilnya selepas pengambilan makanan penggalak susu ni. Tapi tindak balas tubuh setiap orang adalah berbeza. So, anda mesti cuba sendiri satu-persatu dan lihat tindak balas tubuh anda.

Saya dah cuba kesemua yang di sarankan oleh para ibu menyusu dan pakar laktasi. Dalam banyak-banyak Milk Booster yang saya cuba, saya paling suka dengan Alfalfa dan ESP Shaklee(Protein Soya).

Pengalaman saya dengan kedua-dua Milk Booster ni memang sangat menakjubkan kerana hasilnya susu badan saya memang tersangatlah meriah. Sampaikan kami terpaksa beli ‘deep freezer’ untuk menyimpan stok susu perahan saya.

Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa pengambilan Milk Booster perlu seiring dengan konsep ‘Demand & Supply’. Lagi kerap anda susukan bayi atau pam lagi banyak Susu Badan yang akan dihasilkan. Kalau anda tak amalkan konsep penting ni alamatnya sia-sia sahajalah anda habiskan wang anda untuk Milk Booster.

Tips Banyakkan Susu Badan

Selain daripada Milk Booster dan konsep Demand & Supply, anda juga perlu pastikan keadaan kesihatan tubuh anda berada pada tahap optimum. Caranya ialah dengan mengambil vitamin tambahan yang melengkapkan nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Tips Banyakkan Susu Badan yang satu ni saya dapat daripada gynae saya di Hospital Ampang Puteri dulu.

Rasionalnya ialah, bila tubuh berada dalan tahap optimum barulah system tubuh akan berjalan dengan sempurna dan apabila ditambah dengan rangsangan daripada konsep Demand & Supply, maka susu badan yang dihasilkan memang tersangat la superb!

Selain daripada itu, untuk memastikan kelancaran aliran keluar Susu Badan, anda perlu pastikan emosi anda berada dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Cara untuk memastikan emosi anda tenang semasa menyusu/pam ialah dengan bercakap-cakap dengan bayi anda atau pun membayangkan saat-saat menyeronokkan bersama bayi anda(sekiranya mengepam).

Alternatif lain untuk pastikan anda sentiasa tenang dan tidak stress ialah dengan mengambil vitamin B Complex Shaklee. B Complex memang terkenal sebagai ‘B Yang Menenangkan’. Insyaa Allah dengan mengamalkannya anda akan terhindar daripada gangguan emosi. Oh ye, B Complex Shaklee juga mengandungi Asid Folik yang amat penting untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu.

Tips Banyakkan Susu Badan yang seterusnya ialah, banyakkan berdoa kepada Allah. Sebaiknya mulakan berdoa semasa sedang mengandung lagi. Berdoalah supaya Allah Banyakkan Susu Badan anda agar ianya cukup sehingga bayi berumur 2 tahun dan agar urusan Penyusuan Susu Ibu untuk anda dan bayi dipermudahkan.

Jemput baca lagi 13 Tips Tambah Susu Ibu di sini.

Jom jadikan Penyusuan Susu Ibu sebagai pilihan pertama & terakhir!

Sekian dulu perkongsian daripada saya. Jumpa lagi dalam entry seterusnya.:)

Cari Agen Shaklee Di Area Anda --> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda --> Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee? --> Cara Beli Produk Shaklee Online



 
Call to action blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You might also likeclose
%d bloggers like this: