Persediaan Ibu untuk kembali bekerja selepas bersalin

Bilakan masa yang sesuai untuk melakukan perahan susu ibu?

Penyusuan susu ibu menuntut disiplin yang tinggi daripada ibu. Selain itu, anda juga perlu belajar ilmu tentang penyusuan susu ibu dan merancang dengan teliti. Berbeza dengan ibu-ibu yang memilih susu formula, anda yang memilih penyusuan susu ibu perlu memulakan latihan perahan susu ibu sekurang-kurangnya 2 minggu selepas bersalin. Tetapi kalau anda ingin memulakannya lebih awal kerana bengkak susu atau susu ‘over supply‘ juga amat digalakkan. Saya sendiri pun mula mengepam pada hari ke -4 selepas bersalin kerana bengkak susu..:)

Sedikit info tentang persediaan ibu sebelum memulakan sesi perahan:

1.  Persediaan psikologi – Anda perlu yakin untuk anda mampu memerah susu yang mencukupi untuk bayi anda. Sekiranya anda sakit akibat puting merekah/luka, rawat luka tersebut terlabih dahulu. Fikirkan saat-saat indah bersama bayi anda.

2.  Cuci dan Steril – Pastikan peralatan penyusuan telah dibersihkan dan disteril. Cara membersihkan peralatan ialah cuci dengan air dan sabun terlebih dahulu, kemudian rendam di dalam air panas selama 5-10 minit untuk membunuh kuman.

3.  Basuh tangan dengan bersih -Sebelum memulakan perahan basuh tangan anda dengan sabun dan air terlebih dahulu.

4.  Minum air suam – Air suam akan membantu melancarkan pengaliran susu dan membantu mempercepatkan proses ‘let down reflex‘. Anda juga boleh merangsang ‘letdown reflex’ dengan ‘menggentel’ puting payudara anda.

5.  Tuam/urut payudara – Sebelum mula memerah susu, sebaiknya tuam/urut payudara terlebih dahulu. Ini dapat membantu melancarkan saluran-saluran yang mungkin tersumbat.

3.  Simpan susu perahan di dalam bekas bersih yang bertutup.

4.  Biarkan susu perahan berada dalam suhu bilik terlebih dahulu sebelum menyimpan di dalam peti sejuk.

Saya kongsikan jadual latihan perahan susu ibu untuk bakal-bakal ibu dan ibu baru.

perahan susu ibu

Jangan risau kalau hasil susu perahan anda cuma sedikit. Saya dulu pun masa pertama kali perah ssu cuma dapat s1/2oz je. Tips nya ialah teruskan memerah dan menyusukan bayi anda(direct feeding) kerana kuantiti susu perahan anda akan bertambah dari semasa ke semasa sekiranya dirangsang secara  berterusan.

 Semoga bermanfaat untuk anda semua pembaca vitaminhalal. Jumpa lagi di entry akan datang. Selamat malam.

Jemput baca 11 makanan tambah susu di sini.

Inginkan supplement untuk penyusuan anda? Insyaa Allah Set Penyusuan Shaklee adalah vitamin terbaik untuk ibu menyusu. Macam biasa, macam selalu ye..SMS/Whatsapp saya di 012-3461698 sekarang juga..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose