Risiko Penyakit Yang Mungkin Dihidapi Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu

Susu ibu adalah minuman atau makanan terbaik bayi. Susu ibu tidak dapat ditandingi oleh mana-mana susu formula yang dihasilkan oleh manusia. Walaupun ramai pengeluar yang memberi jaminan bahawa susu formula keluaran mereka adalah hampir sama dengan susu ibu, tapi sebenarnya khasiat dan manfaatnya terlalu jauh berbeza.

Kali ni saya nak kongsikan risiko atau penyakit yang mungkin dihadapi oleh bayi anda sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan susu ibu.

susu ibu

Antara penyakit yang mungkin dihadapi oleh bayi anda ialah:

  • Necrotozing Enterocolitis - bagi bayi yang dilahirkan pra-matang.
  • Eczema – alahan kulit yang mungkin akan kekal seumur hidup.
  • Masalah jangkitan saluran pernafasan – Bayi yang tidak diberi susu ibu lebih cenderung untuk mengalami masalah batuk, selsema, cirit-birit dan jangkitan salur kencing.
  • Tahap perkembangan pembelajaran yang kurang memberangsangkan.
  • Otitis Media - Bayi lebih terdedah kepada masalah jangkitan telinga.
  • Masalah berat badan di zaman kanak-kanak.
  • Diabetis Mellitus Type 1 
  • Menghidap tekanan darah tinggi dan penyakit jantung apabila dewasa kelak.
  • Meningkatkan risiko kematian bayi dan kanak-kanak tersebut.

So, adakah anda masih memilih untuk tidak menyusukan bayi anda dengan susu ibu? kalau jawapan anda ‘YA’ anda patut pertimbangkan semula secara rasional. Jangan kerana keputusan anda, bayi anda anda yang menerima akibatnya. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Ramai yang tidak bernasib baik seperti anda. Oleh itu, hargailah permata hati anda. Berikan yang terbaik untuk mereka. Tambahan pula, penyusuan susu ibu tidak memerlukan kos yang tinggi. Anda cuma perlukan disiplin dan semangat yang kuat untuk memastikan bayi anda mendapat hanya yang terbaik daripada anda.

Ada dikalangan ibu-ibu yang tidak memiliki keistimewaan untuk menyusukan bayi mereka tapi mereka tetap tidak mengalah. Malah terus berusaha bersungguh-sungguh dengan bermacam-macam cara untuk pastikan bayi mereka mendapat susu ibu. Alangkah ruginya bayi anda yang memiliki ibu yang mampu menyusukan tetapi memilih untuk tidak menyusukan.

Anak yang sihat dan bijak bermula dengan pemakanan yang diterimanya bermula dalam tempoh 1/2 jam dilahirkan.

Sekian dulu perkongsian saya untuk kali ni. Jangan lupa amalkan pemakanan seimbang ye..:)

Kalau anda berminat untuk mencuba Set Penyusuan Shaklee yang telah membantu ramai ibu menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun boleh la hubungi saya seperti biasa. Insyaa Allah saya akan membantu anda sehingga berjaya!

Klik ‘Order Now’ atau SMS/Whatsapp ke 012-3461698 sekarang juga!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose