Set Penyusuan Shaklee – Derita Alahan Susu Formula

Hi Semua. Kali ini saya nak kongsikan petikan berita dari Sinar Harian bertarikh 3 Julai 2013. Kebetulan terbaca dalam akhbar ni dan mungkin ada yang dah baca sebab baru lagi berita ni. Sedih melihatkan anak kecil yang menderita kerana tidak dapat menikmati susu dari ibunya. Tidak ada susu formula pun yang manusia boleh cipta setanding dengan khasiat susu ibu.

 

set-penyusuan-shaklee

 

KUALA KRAI – Kelahiran anak kedua pada Februari lalu cukup menggembirakan pasangan Ramli Ismail, 37, dan Norzila Mahasan, 22, dari Mengkebang Pusat di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang, dekat sini.

Kegembiraan suami isteri itu bagaimana pun hanya bertahan kira-kira sebulan apabila Norzila mengalami masalah ‘kering’ susu dan mula tidak dapat memberikan susu badan kepada bayi perempuan mereka.

Kegembiraan pasangan itu bertukar duka apabila bayi mereka, Nurfarisya Amani kini berusia empat bulan pula disahkan mengalami gejala alahan protein susu lembu (CMPA).

Bayinya diserang radang kulit teruk hingga hampir seluruh badannya berkudis terutama di kepala selain cirit-birit, lelah, meragam dan muntah setiap kali diberi susu formula.

“Kami cuba pelbagai jenis susu formula sebagai ganti susu ibu tetapi semuanya sebabkan alahan, malah ada lebih teruk kesannya seperti najis berdarah, susah nak hadam makanan dan sembelit,” katanya, semalam.

Nurfarisya Amani bertambah baik sedikit selepas diberi rumusan susu berasaskan soya seperti dinasihatkan doktor sebagai alternatif untuk penghidap CMPA seperti anaknya.

“Satu tin berharga hampir RM40 dan hanya mampu bertahan untuk dua hari, jadi kami perlukan kira-kira RM600 untuk beli susu rumusan ini sahaja.

“Pendapatan menoreh, memang tak mampu nak beli susu ini kerana duit terpaksa guna untuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan belanja dapur lagi,” katanya yang ada seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun.

————-

Dalam post saya sebelum  ni pun saya ada tulis -Susu ibu adalah sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T untuk bayi anda. Terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi oleh bayi yang meminumnya. Sayangnya kalau minuman ajaib ini tidak diberikan kepada bayi anda.

Diharap kisah ni memberi manfaat dan motivasi kepada semua ibu-ibu agar terus berusaha agar dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun. Bagi ibu-ibu yang ingin mencapai matlamat tersebut, mengapa tidak mencubaset penyusuan shaklee yang terbukti berkesan membantu anda dan juga sebagai salah satu ikhtiar terbaik bagi anda.

set-penyusuan-shaklee

Hubungi saya segera untuk dapatkan set penyusuan shaklee yang hebat ini. SMS/Whatsapp ke 012-3461698 sekarang juga!

 

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose