Masalah Penyusuan – Saluran Susu Tersumbat

Saluran susu tersumbat ialah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu menyusu. Walaupun ianya sering dihadapi tapi bukanlah bermakna ia boleh dibiarkan begitu sahaja. Saluran susu tersumbat ini perlu dirawat dengan betul kerana jika tidak ia boleh mengakibatkan Mastitis.

Saya pun pernah mengalaminya semasa menyusukan kedua-dua anak saya. Ianya memang sangat menyakitkan sampai tidak boleh tersentuh langsung. Bila dah berjaya alirkan susu keluar, memang lega sangat-sangat. Jom saya kongsikan serba sedikit tentang masalah saluran susu tersumbat ni.

saluran susu tersumbat

Apakah Saluran Susu Tersumbat?

Saluran susu tersumbat berlaku apabila satu atau beberapa saluran tersumbat atau tersekat. Sumbatan in bleh berlaku di bahagian dalam payudara ataupun di aereola.

Apakah Tanda-tanda  Saluran Susu Tersumbat?

  • Bahagian payudara yang  tersumbat akan menjadi keras dan sensitif.
  • Payudara terasa panas.
  • Payudara akan berwarna kemerah-merahan.

Apakah Punca Saluran Susu Tersumbat?

  • Pemakaian bra yang ketat atau berdawai.
  • Payudara yang tidak dikosongkan sepenuhnya semasa menyusukan bayi atau mengepam susu.

Tips merawat Saluran Susu Tersumbat:

  • Tuam payudara dengan tuala yang telah direndam dengan air panas.
  • Urut payudara perlahan-lahan sebelum sesi menyusu atau mengepam.
  • Tuam bahagian payudara yang tersumbat dengan pek ais selepas menyusu atau mengepam.
  • Tambah kekerapan ‘direct feeding’ kerana hisapan bayi anda adalah penyelesaian terbaik untuk masalah saluran susu tersumbat. Sekiranya bayi anda susah untuk melekap dengan betul, perah susu keluar sedikit terlebih dahulu supaya aereola lembut dan bayi mudah melekap.
  • Pelbagaikan posisi penyusuan untuk menggalakkan pengosongan payudara.
  • Gunakan bra yang longgar kerana bra yang ketat boleh mengganggu kelancaran aliran susu.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana ianya adalah sangat menyakitkan dan sehinggakan boleh menyebabkan anda demam.
  • Dapatkan rawatan doktor sekiranya masalah saluran susu tersumbat masih berlanjutan(melebihi 24 jam) kerana anda mungkin mengalami mastitis.

Sekian dulu untuk malam ni. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Kalau anda perlukan supplement untuk ibu menyusu hubungi saya di 012-3461698. Saya akan cuba membantu anda sebaik mungkin..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose