SALAH FAHAM TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU

Mitos 1 : Bayi kerap menangis –  susu ibu tak cukup, bayi tak kenyang so kena top up dengan susu formula.

Fakta – Perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil iaitu sebesar saiz guli je..bila bayi diberikan susu lebih dari keperluan tu yang kerap muntah. So jangan risau kalau ade yang cakap susu anda ta cukup. Ciptaan Alah memang sangat hebat. Susu ibu dihasilkan mengikut keperluan bayi.

Bayi menangis disebabkan banyak perkara. Mungkin bayi anda menangis kerana tidak selesa, nak perhatian, takut ditinggalkan.
Susukan bayi anda mengikut keperluan. Jagan terlalu bergantung pada jadual penyusuan yang anda pelajari. Lagi kerap anda menyusu lagi aktif kilang susu anda bekerja. Maknanya, lagi banyak susu yang akan dihasilkan..:)

Mitos 2Bayi masih menangis walaupun sedang disusukan – Bayi tidak suka susu ibu, anda tidak pandai susukan bayi.

Fakta – Bayi anda mungkin menangis kerana tidak dapat susu anda, tapi bukan kerana susu anda tidak cukup atau dia tidak suka susu anda..bayi menangis walaupun sedang disusukan kerana cara lekapan tidak betul. Bayi sepatutnya menghisap di bahagian aereola bukannya di bahagian puting sahaja.

Cara Lekapan Yang Betul

Pastikan mulut bayi anda terbuka dengan besar semasa hendak disusukan. Jangan risau kerana bayi anda pun sama macam anda juga yang sedang dalam proses belajar menyusu dengan betul..:)

Mitos 3 – Bayi yang minum susu formula tidur lebih nyenyak – Susu formula lebih mengenyangkan, bayi akan tidur lebih nyenyak dan lama dari bayi yang menyusu susu ibu.

Fakta : Susu formula adalah lebih kompleks dan lebih susah untuk dihadam oleh bayi. Sistem penghadaman bayi masih belum matang dan ini meyebabkan susu tersebut lambat dicerna oleh bayi. Selain itu, bayi yang minum susu formula juga lebih berisiko untuk mengalami sembelit dan alahan. Susu ibu sangat istimewa kerana ianya mudah dicerna.

Pengalaman saya sendiri semasa menyusukan anak-anak saya dari lahir sampai la sekarang(yg bongsu dah berumur 2thn 2 bulan) memang orang sekeliling akan cakap macam-macam yang negative tentang penyusuan susu ibu ni..kalau orang tu boleh terima pendapat orang baru saya explain tentang kebaikan dan betapa mudahnya penyusuan susu ibu ni sebenarnya.. tapi kalau yang ego tak bertempat saya hanya senyum je la..tak perlu bertegang urat melawan orang yang rasa formula tu bagus sangat..kita patut kesian kat diorang ni sebab diorang takde ilmu tentang susu ibu..:)

PENTING – Anda perlu ingat yang anda dah berjaya melahirkan bayi anda ke dunia ini..yakinlah bahawa anda boleh memberikan susu yang terbaik kepada bayi anda.

Sekian dulu update untuk malam ni..sampai bertemu di entry yang lain ye..:)

Kalau anda berminat nak dapatkan Set Penyusuan Shaklee boleh la hubungi saya ye..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose