RAWATAN PENYAKIT GOUT

Salam semua..sebenarnya dah lama dah plan nak share tentang Gout ni..tapi banyak sangat halangannya..macam biasa la halangan paling besar ialah penyakit  malas..hehe..Alhamdulillah hari ni berjaya juga post entry penyakit Gout ni..:)

gout, sakit sendi,vitamin sendi,vitamin untuk sendi,APA ITU GOUT?

Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

 

APAKAN PENYEBAB GOUT?

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

 

CARA UNTUK MENGATASI GOUT

  • Amalkan pemakanan yang mengandungi tahap purine yang rendah.
  • Amalkan memakan buah Ceri dan strawberi kerana ia dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  • Kawal berat badan  kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  • Amalkan bersenam secara konsisten.

MAKANAN YANG PERLU ELAKKAN!!!

  • Organ dalaman (seperti paru, hati dan lain-lain)
  • Ikan bilis dan Ikan Sardin
  • Telur ikan
  • Kekacang
  • Alkohol
  • Lemak haiwan
  • Asparagus
  • Bunga kobis
  • Cendawan
  • Yis (roti putih dan roti manis)

 

VITAMIN YANG DICADANGKAN

Vivix – Mempunyai  4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)

OmegaGuard – Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

Alfalfa – untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

Performance Drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya sekiranya anda berminat untuk mencuba vitamin untuk penyakit Gout ini.

Agent Shaklee anda bagi kawasan Setapak, Cheras, Ampang, Hulu Langat dan Cyberjaya(weekday shj).

FB: www.facebook.com/mummyDinaShoppe
Emel : ernijusri111@gmail.com
Whatsapp/sms/call : 012-3461698

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose