PUNCA SUSU MERUDUM

Apakah punca susu merudum dan bagaimanakan cara mengatasinya?

Antara perkara yang paling merisaukan bagi para ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu ialah susu merudum..susu merudum disebabkan banyak perkara..jom tengok apakah punca-punca susu merudum..lepas tu baru kita boleh cari cara mengatasinya..

1) Pam tidak konsisten – Menurut kajian lagi kerap ibu mengepam lagi banyak susu yang akan dihasilkan oleh badan. So kalau nak banyakkan susu sampai memancut-mancut, kenalah pam susu sekurang-kurangnya 2 – 3 jam sekali. Jangan tunggu breast penuh dulu baru pam ye..saya dulu masa pantang, pam susu setiap kali bayi lepas menyusu dengan tujuan untuk mengosongkan payudara kerana bila payudara kosong, otak akan menghantar isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan susu lebih banyak. Jangan risau/sedih kalau mula-mula pam susu tu sikit je..teruskan mengepam secara konsisten. Anda pasti akan lihat perubahan yang ketara!

2) Period – Ramai ibu yang period akan mengalami susu merudum(bukan semua ye)..bergantung kepada diet dan kekerapan mengepam ibu tersebut..semasa period ibu akan kekurangan cecair dalam badan kerana sebahagian daripadanya telah keluar melalui darah kotor..untuk mengelakkan kekurangan air semasa period pastikan minum lebih banyak air dan ibu juga digalakkan mengambil tambahan kalsium serta menambah kekerapan sesi mengepam untuk mengatasi masalah susu merudum semasa period.

3) Stress – Stress boleh mengganggu penghasilan susu ibu. untuk merangsang penghasilan dan pengaliran susu yang lancar, ibu perlulah berada di dalam mood yang happy dan tenang. Salah satu cara untuk mendapatkan mood happy ialah melihat gambar anak semasa mengepam. Pengalaman saya semasa mengepam untuk kedua-dua anak saya ialah lihat gambar atau video klip anak di telefon..:)

4) Bayi dah mula makan – Bayi yang telah mula makan secara automatik akan kurang menyusu sebabnya bayi akan berasa kenyang dan excited kerana mempunyai pilihan sumber makanan berbanding sebelum ini. Ibu dinasihatkan untuk teruskan mengepam untuk memastikan stok susu tidak merudum.

5) Ibu kurang nutrisi – Ibu bekerjaya mahupun surirumah sering terkejar-kejar dalam menjalani rutin harian. Akibat kesibukan, ramai ibu yang terlupa untuk makan dan minum air. Akibatnya, tubuh akan kekurangan nutrisi dan boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Untuk hasilkan susu yang banyak pastikan diet ibu adalah seimbang dan mendapat air yang secukupnya.

So, bagi yang ada masalah susu merudum silalah semak semula perkara-perkara di atas ye..lepas tu bolehlah praktikkan cara untuk mengatasinya..Selamat mencuba dan semoga ianya membantu anda semua!!

Berminat nak dapatkan Set Breastfeeding Shaklee? call/sms/whatsapp saya di 012-3461698!!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose