4 Posisi Penyusuan Susu Ibu Yang Betul

Salah satu faktor penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu ialah posisi penyusuan yang betul. Posisi penyusuan susu ibu merupakan salah satu teknik yang perlu diberikan perhatian yang lebih. Sesi menyusukan bayi sepatutnya adalah saat yang boleh memberikan ketenangan kepada ibu dan bayi. Tetapi keseronokan menyusu boleh terganggu sekiranya posisi penyusuan susu ibu yang diamalkan tidak betul.

Silap-silap anda mungkin mendapat masalah sakit belakang, sakit tengkuk mahupun sakit pada luka jahitan bersalin(pembedahan). Ini kerana setiap penyusuan mungkin mengambil masa lebih kurang 15 minit(berbeza mengikut keperluan bayi anda)  dan anda perlu menyuskan bayi anda dengan kerap terutama pada bulan-bulan pertama kelahirannya. Bayangkanlah anda perlu menyusukan bayi anda dalam keadaan yang tidak selesa untuk tempoh yang agak lama dan ianya haru diulang beberapa kali sehari. Sudah tentu semua otot-otot yang berkenaan akan menjadi tegang dan seterusnya akan menyebabkan kesakitan.

So, saya kongsikan posisi-posisi penyusuan susu ibu yang betul untuk diamalkan supaya anda dan bayi selesa semasa menyusu.

4 Posisi Penyusuan Susu Ibu Yang betul

posisi penyusuan

Posisi  Mendukung(Craddle Hold) & Mendukung Bersilang(Cross Craddle Hold)

Kedua-dua posisi ini adalah antara posisi yang paling sering diamalkan oleh ibu-ibu menyusu. Posisi ni memang diajar sejak turun-temurun oleh mak-mak kita lagi. Even kalau kat hospital pun memang 2 posisi ni la yang nurse selalu ajar kalau anda bersalin normal. Perbezaan antara 2 posisi ini ialah cara anda memegang bayi anda.

posisi penyusuan football

Posisi Mendakap(Football Hold)

Posisi penyusuan ni memerlukan anda memeluk anak di bawah lengan. Ala-ala pemain rugby peluk bola tu. Tapi kalau nak lagi selesa boleh gunakan bantal penyusuan. Posisi ni sangat sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin pembedahan kerana berat bayi tidak menekan dibahagian jahitan.

posisi penyusuan berbaring

Posisi Berbaring

Posisi penyusuan ini memerlukan anda berbaring dengan selesa semasa menyusukan bayi anda. Posisi ni adalah posisi terbaik untuk anda yang bersalin pembedahan sebab pada hari-hari pertama selepas bersalin pergerakan memang sangat terbatas. Ni memang posisi penyusuan favorite saya ni sebabnya boleh berehat sekejap sambil menyusukan bayi..silap-silap boleh tido terus..hehe

So, sila la pilih posisi yang mana yang anda suka ye. Macam mana nak pilih yang terbaik untuk anda? Kalau nak tau kena la cuba dulu satu persatu. Lepas tu tengok yang mana yang paling selesa untuk anda dan bayi.

Ops! Lupa pulak, ada lagi 3 perkara penting untuk memastikan posisi penyusuan yang selesa dan bayi menyusu secara efektif. Caranya ialah:

1. Peluk bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu – Perut bayi bertemu perut anda

2. Pastikan kepala dan badan bayi lurus dan seiring ye. Jangan kepala ke dada badan mengadap lain pulak.

3. Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.

So, moral of the story pilih la posisi penyusuan yang mana pun yang anda suka. Yang penting anda dan bayi selesa ye. Bukannya apa, kalau tak selesa takut tak pasal-pasal dapat sakit la pulak nanti. Nanti mesti lagi stress nak menyusu.

Ingat konsep ni – Penyusuan susu ibu ialah terapi yang menenangkan untuk ibu dan bayi!

Jemput baca tentang cara merawat Puting Luka di sini

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose