Petua Atasi Jaundis dikalangan bayi

Pertama kali bergelar ibu dan anda dimaklumkan bahawa bayi anda menghidap Jaundis. Sebagai ibu anda sudah tentu risau tentangnya. Saranan saya jangan terlalu risau ye kerana penyakit jaundis dikalangan bayi yang baru dilahirkan adalah normal.  Jaundis berlaku kerana hati bayi belum cukup matang untuk menyingkirkan bilirubin. Bayi yang mengalami jaundis akan kelihatan kekuningan pada mata dan bahagian kulitnya.

Jaundis selalunya akan dapat dilihat diantara hari ke-2 hingga hari ke-4 selepas bayi anda lahir. Tanda-tanda jaundis dapat dikenalpasti apabila kulit dan mata bayi anda kelihatan kekuningan. Walaubagaimanapun bagi kes jaundis yang agak teruk anda akan lihat bahagian badan lain bayi anda seperti dada, abdomen dan kaki juga akan berwarna kuning.

jaundis

Cara-cara mengenalpasti Jaundis ialah:

  • Tekan jari anda(perlahan) di bahagian dahi atau hidung bayi – Jika kulit dibahagian yang yang anda tekan berwarna kuning, mungkin bayi anda menghidap jaundis.

  • Perhatikan wana kulit bayi anda di bawah cahaya yang terang

Punca Jaundis

Jaundis berlaku akibat tahap bilirubin yang berlebihan dalam darah bayi(hyperbilirubinemia). Dalam keadaan normal, hati bayi akan menapis bi;irubin dalam aliran darah bayi tetapi oleh kerana hati bayi belum matang dan menyebabkan bilirubin tidak dapat disingkirkan dengan cepat. Kesannya bilirubin akan semakin banyak dan berlakulah jaundis.

Tanda-tanda Jaundis Bayi Anda Semakin Teruk:

  • Warna kulit bayi semakin kekuningan

  • Bahagian-bahagian lain tubuh bayi anda seperti dada, abdomen, lengan atau kaki turut berwarna kuning

  • Mata putih bayi anda menjadi kuning

  • Bayi anda kelihatan sakit, lemah dan susah dikejutkan daripada tidur

  • Bayi anda menolak bila diberi susu

  • Berat bayi anda tidak meningkat

  • Bayi anda menangis denagn kuat(menjerit)

  • Jaundis bayi anda melebihi 3 minggu

  • Tanda-tanda lain yang meragukan

Bayi Yang Berisiko Mendapat Jaundis

  • Bayi yang dilahirkan pra-matang

  • Bayi yang mengalami lebam di badan semasa proses kelahiran

  • Bayi yang mempunyai jenis darah berbeza dengan darah ibunya

Rawatan Untuk Jaundis

Selalunya jaundis yang sederhana akan hilangan dengan sendirinya dalam tempoh 1 – 2 minggu. Tetapi ada keadaan jaundis yang mungkin mmerlukan pemerhatian dan pemeriksaan rapi daripada doktor. Setelah dikenalpasti, doktor mungkin akan mencadangkan beberapa rawatan yang bersesuaian untuk bayi anda.

Light therapy/Phototherapy – Bayi anda akan diletakkan dibawah cahaya lampu khas yang berwarna biru-kehijauan. Lampu tersebut berfungsi mengubah bentuk dan struktur molekul bilirubin spaya ianya mudah diangkut dan disingkirkan melalui najis bayi. Rawatan ini memerlukan bayi anda memakai lampin dan penutup mata sahaja.

Intraveneous Immunoglobim(IVIg) – Bayi anda mungkin perlu menjalani rawatan ini jika darahnya bebeza dengan darah anda. Rawatan ini boleh mengurangkan tahap antibodi seterusnya mengurangkan tahap jaundis dan mengelakkan risiko pemindahan darah.

Pertukaran Pemindahan Darah – Tahap jaundis yang lebih teruk mungkin memerlukan bayi anda menjalani proses pemindahan darah.

Penyusuan Susu IbuBagi jaundis yang sederhana, memadailah jika ibu hanya meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu. Ini kerana penyusuan yang akan menyebabkan usus bayi bergerak aktif dan bilirubin dapat disingkirkan melalui najis bayi.

Sekian dulu perkongsian kali ini. Semoga ianya bermanfaat untuk anda..:)

Jemput baca tentang perbezaan Set Penyusuan Shaklee dan Milk booster lain di sini

Perlukan supplement untuk ibu menyusu? Hubungi saya untuk cuba sendiri Set Penyusuan Shaklee di 012-3461698

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose