Perubahan Fizikal Semasa Hamil

Perasaan masa terima ucapan tahniah daripada doktor kerana anda disahkan hamil memang sangat mengujakan. Tambahan pula kandungan tersebut adalah cahayamata pertama untuk anda dan suami. Mesti anda dilayani bak puteri raja. Masa dalam tempoh kehamilan ni memang seronok sangat sebab suami anda pasti akan cuba sedaya upaya memenuhi keinginan anda. Anak sulung la katakan.Lagi pun orang tua-tua cakap kalau ibu mengidam tak dapat apa yang diidamkan nanti air liur anak asyik meleleh je..:)

semasa hamil

Selain daripada perubahan selera makan, anda juga akan melalui fasa perubahan fizikal. So, jangan hairan kalau kulit anda yang dulu licik bak telur yang dikupas berubah kering dan berjerawat semasa hamil ye..:)

So, kali ni saya nak kongsikan perubahan fizikal yang sering dialami oleh ibu hamil..

Payudara

Selalunya payudara anda akan mula membesar pada trimester pertama dan ianya akan berterusan hingga ke akhir kehamilan. Ini kerana semasa hamil hormon progestron dan estrogen anda meningkat. Oleh itu, anda digalakkan memakai bra khusus untuk ibu hamil. Pilih bra yang besar sedikit untuk menampung pembesaran payudara. Pemilihan bra sangat penting untuk memastikan payudara anda mempunyai ruang untuk membesar.

Kulit

Ramai ibu hamil yang mengeluh kerana kulit mereka kelihatan gelap dan kusam semasa hamil tapi tak kurang juga yang kelihatan lebih berseri-seri semasa hamil. Ini berlaku disebabkan oleh peningkatan hormon kehamilan anda. Jangan risau kerana kulit anda akan kembali normal selepas bersalin nanti..:)

Kaki

Semasa hamil anda mungkin akan kerap mengalami kejang betis sebabnya masa hamil air akan bertakung dibahagian kaki. Selain itu jika anda mengalami masalah darah tinggi yang tidak stabil anda mungkin akan mengalami bengkak kaki. Hati-hati kerana ia mugkin petanda awal untuk praeklampia. Untuk mengatasinya, pakailah stokin yang ketat dan tinggikan kaki semasa berbaring.

Sakit Belakang

Semakin bayi anda membesar bermakna semakin tinggi beban yang anda alami dan semakin kecil ruang di dalam rahim untuk bayi anda. Keadaan inilah yang menyebabkan anda mengalami sakit belakang.

Sakit Pinggang

Sakit pinggang juga adalah normal semasa hamil. Sama seperti sakit belakang, pinggang anda juga akan sakit kerana tekanan yang dihadapi. Selain itu, tulang belakang anda juga akan mula membengkok semasa akhir kehamilan kerana ia sedang menyediakan anda untuk proses kelahiran.

Rambut

Ramai ibu hamil yang merasakana rambut mereka lebih berminyak semasa hamil. Memang benar, kerana semasa hamil hormon progestron anda meningkat dan ini menyebabkan rambut anda lebih berminyak.

Tangan

Anda mungkin akan mengalami Carpal Tunnel Syndrom iaitu lapisan dipergelangan tangan yang membengkak dan memberi kesan kepada urat saraf dibahagian tangan seterusnya menyebabkan anda rasa kebas tangan.

Mata

Sesetengah ibu hamil mengalami masalah rabun semasa hamil. Ini kerana kandungan air yang agak banyak dibahagian mata. Ia boleh menyebabkan anda sakit kepala dan mengalami rabun. Jika sakit kepala berterusan sila rujuk kepada doktor anda.

Gusi

Gusi berdarah semasa hamil adalah petunujuk bahawa tubuh anda kekurangan kalsium. Anda disarankan mengambil supplement Kalsium untuk memenuhi keperluan tubuh anda. Selain itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi anda untuk pemeriksaan.

Rahim

Seiring dengan pembesaran bayi anda, anda juga akan mengalami keadaan rahim mengeras. Selalunya rahim mengeras berlaku pada usia kandungan 8 bulan. Jangan risau kerana ianya adalah normal. Rahim mengerasa adalah petanda tubuh anda sedang bersedia untuk proses kelahiran. Tetapi anda mungkin perlu rujuk kepada pakar sakit puan anda jika anda mengalami rahim mengeras sebelum kandungan anda berusia 8 bulan.

Ruam/Jerawat

Sebahagian wanita hamil juga mengalami masalah ruam/jerawat semasa hamil. Jangan risau kerana masalah ini hanya sementara. Ia akan kembali pulih dengan sendirinya.

Baca lagi tentang 8 tips tidur lena semasa hamil di sini

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jika anda perlukan Set Kehamilan Shaklee atau pun Set Bersalin Shaklee as usual feel free to contact me  ye..012-3461698..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose