Penyusuan Berganda – Tandem Nursing

Selalunya bila anda kembali mengandung selepas sesuatu tempoh masa tapi dalam masa yang sama sedang menyusukan bayi anda mesti anda tercari-cari cara nak berhentikan penyusuan susu ibu. Alasan yang sering diberikan takut nanti bayi dalam kandungan tak cukup nutrisi ataupun anak berebut susu. Sebenarnya ramai yang tak tahu tentang penyusuan berganda atau tandem nursing yang sangat bagus untuk ibu dan bayi serta anak yang lebih besar.

Dalam entry ni saya nak sharekan maklumat penting tentang penyusuan berganda.

penyusuan berganda

Kebaikan penyusuan berganda

1. Mengurangkan perasaan cemburu dan membantu mengeratkan hubungan adik-beradik. Apabila bayi yang baru dilahirkan dibawa pulang, anak kecil munkin akan merasa tersisih terutamanya jika dia diberitahu bahawa dia perlu berhenti menyusu!

2. Penyusuan berganda akan membolehkan anak kecil anda terus menerima kebaikan susu ibu.

3. Penyusuan berganda akan membantu melegakan payudara bengkak bagi sesetengah ibu menyusu.

4. Mengurangkan risiko kanser payudara pra-menopos dikalangan ibu yang menyusu

5. Penyusuan berganda memberikan anda sedikit masa untuk berehat kerana kedua-dua bayi dan anak kecil anda akan sibuk dengan penyusuan mereka.

Walaubagaimanapun penyusuan berganda juga ada cabarannya tapi kelebihannya adalah jauh lebih hebat berbanding cabaran yang perlu anda hadapi.

Cabaran Penyusuan Berganda

1. Tidak dapat  menghilangkan berat badan kehamilan semasa penyusuan disebabkan oleh lemak simpanan.

2. Kadar metabolisme badan yang lebih rendah semasa menyusu.

3. Penyusuan berganda yang dilakukan secara berasingan mungkin akan menyebabkan anda berasa seolah-olah rutin harian anda hanyalah menyusukan bayi dan anak kecil anda sahaja.

4. Sesetengah ibu menyusu mungkin berasa nafsu makan yang membuak-buak disebabkan oleh hormon-hormon yang meningkat semasa penyusuan berganda.

Tips dan Cara Penyusuan Berganda

Anda boleh menyusukan bayi dan anak kecil anda mengikut keselesaan anda. Tips ini cuma sebagai panduan sahaja.

1.  Buaian berganda – Caranya ialah letakkan kaki bayi anda pada anak kecil

2. Bola sepak berganda – Bayi anda bersandar pada bantal dan anak kecil anda duduk disebelah anda dan lutut menghala keluar.

3. Berbaring di sisi anda dengan anak kecil menenggek disebelah anda atau melutu dibelakang anda.

4. Baring terlentang dengan kedua-dua anak anda bersandar pada bantal.

Sebenarnya ada banyak lagi posisi untuk penyusuan berganda ni tapi sebaiknya anda cuba dan pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda, bayi serta anak kecil anda.

Pemakanan untuk Ibu yang mengamalkan penyusuan berganda

Pengambilan diet secara seimbang sangat penting untuk memastikan anda bertiga medapat kesemua nutrisi yang diperlukan. Penyusuan berganda mungkin memerlukan anda untuk mengambil kalori tambahan. Walaubagaimanapun jumlah tambahan yang diperlukan mungkin berbeza mengikut jumlah sebenar susu ibu(samada diperah atau disusui oleh bayi dan anak kecil anda), tahap aktiviti, berat badan dan status pemakanan anda.

Ingatlah jika diet anda mengandungi kalori yang terlalu rendah atau hanya terdiri darpada kumpulan tertentu sahaja, kualiti susu yang akan dihasilkan oleh tubuh anda mungkin akan terjejas.

Jemput baca tentang Perbezaan Set Penyusuan Shaklee dan Milk Booster lain di sini

Pengambilan hidangan kecil dengan snek yang sihat adalah antara cara terbaik untuk mengawal selera anda disamping mengekalkan tenaga yang tinggi.

Sampai disini dulu perkongsian saya untuk kali ni. Semoga bermanfaat untuk anda!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose