PENING SEMASA HAMIL

Pening kepala adalah antara perkara yang sering dialami oleh ibu mengandung..kenapa ibu mengandung selalu pening ye..secara teorinya.. dalam trimester pertama hormon progesterone iaitu hormon kehamilan sedang merehatkan dinding salur darah anda..so, kesannya ialah tekanan darah menurun..bila tekanan darah menurun secara automatic anda pun akan rasa pening..

Manakala, dalam trimester kedua dan ketiga pula ibu mengandung kerap pening pula adalah disebabkan oleh rahim yang sedang membesar dan secara tak langsung memberikan tekanan kepada salur darah. Selain dari sebab-sebab di atas, mungkin ada sebab lain yang menyebabkan anda pening..

PUNCA PENING SEMASA HAMIL

Bangun dari pembaringan/duduk terlalu cepat – darah mengambil masa untuk sampai ke otak.

Bangun setelah baring untuk suatu tempoh yang agak lama – Selalunya bila anda baring lebih kurang 10 minit, anda akan rasa pening bila hendak bangun.

Dalam keadaan lapar – sekiranya anda lambat makan anda akan rasa pening kerana kandungan gula dalam darah adalah rendah.

Kekurangan zat besi – ibu mengandung yang menghidap anemia(kekurangan zat besi dalam darah) akan kerap merasa pening atau nak pitam.

Keadaan panas yang melampau – cuaca yang panas akan menyebabkan darah mencair secara tak langsung menyebabkan anda pening.

CARA MENGATASI

Bangun secara perlahan dan berperingkat. Contohnya; kalau nak berdiri dari pembaringan sebaiknya duduk sekejap sebelum berdiri.

Mengiring di sebelah kiri kalau anda rasa pening semasa berbaring. Posisi ini membantu jantung mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih baik.

Makan apabila anda pening. Ini kerana badan sedang menghantar signal bahawa anda kekurangan gula dalam darah. Sebaiknya ambil snek ringkas yang berkhasiat  dan minumlah jus buah-buahan atau air untuk mengelakkan anda dari terhidrat.

Sekiranya anda mengalami anemia, ambillah vitamin tambahan yang mengandungi zat besi. Pilihlah vitamin yang semulajadi, selamat dan berkesan.

Sekiranya anda masih pening, berehatlah buat seketika sehingga rasa pening itu hilang dengan sendiri.

Kalau anda inginkan kehamilan yang sihat dan selamat, dapatkan Set Kehamilan Shaklee dari saya hari ni juga.

Cari Agen Shaklee Di Area Anda --> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda --> Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee? --> Cara Beli Produk Shaklee Online



 
Call to action blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You might also likeclose
%d bloggers like this: