Pengedar Shaklee Kuala Lumpur-Ampang-Hulu-Langat-Cheras

Salam Sejahtera dan Salam Perkenalan!

pengedar shaklee terbaik

Saya Erni berasal dari Kuala Lumpur. Saya adalah ibu kepada sepasang cahaya mata yang comel yang sedang membesar. Alhamdulillah saya telah berjaya menyusukan kedua-dua anak saya dengan susu ibu sehingga mereka berusia 2 tahun. Saya dan keluarga telah pun merasai khasiat Shaklee seperti Set Penyusuan, Set Kesihatan, Set Bersalin dan banyak lagi.  Oleh itu sekarang saya ingin berkongsi pula dengan anda semua. Saya merupakan Pengedar Shaklee utk seluruh Malaysia dan khusus bagi kawasan Kuala Lumpur, Cheras, Bandar Tasik Permaisuri, Ampang, Hulu Langat,  dan Cyberjaya.

Apa yang membuat saya percaya dengan produk Shaklee adalah kerana syarikat yang berpangkalan di US ini dah berada 98 tahun di pasaran iaitu sejak 1915. Lebih dari 100 cetakan saintifik yang 90 daripadanya diterbitkan dalam jurnal peer-review yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee dicetak.

Kita tahu Shaklee dipasarkan dalam MLM dalam strategi perniagaannya. Maka tidak hairan Shaklee boleh belanjakan USD300 juta dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan dan berjimat banyak dalam Marketing dan Pengiklanan atas kelebihan strategi MLM ini.

Bagi yang skeptikal atau ragu2 dengan MLM, kita boleh lihat kualiti produk Shaklee ini sendiri. Shaklee mempunyai 60 saintis tersendiri dan menjalankan lebih dari 100,000 ujian kawalan kualiti. Untuk ujian ketulenan, 350 ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru. Pendek kata setiap sen yang kita bayar amat berbaloi dengan produk Shaklee.

Bukti yang paling menyerlah sebahagian besar daripada jutaan orang hidup lebih sihat, lebih produktif dengan manfaat Shaklee. Saya dapat tahu bekas PM kita Tun Mahathir pun mengambil salah satu vitamin Shaklee iaitu Vitalea. Oprah Winfrey pula pengguna produk pencuci Shaklee dan ramai lagi lah kalau nak diceritakan kat sini. Sekiranya produk Shaklee tidak berkualiti, masakan produk dan syarikat ini bertahan hampir 100 tahun di pasaran kan?

Bagi pengguna produk dari syarikat MLM lain, harus berhati-hati dan kaji dahulu latar belakang syarikat, bagaimana produk dihasilkan dan bukan sekadar testimoni pengguna saja. Maklum sajalah ada banyak syarikat MLM yang tumbuh macam cendawan tapi banyak juga syarikat MLM ini yang hilang selepas mengaut keuntungan dari pengguna yang kurang bijak. Banyak juga yang mewar2kan produk mereka terbaik dan berkesan tetapi kita perlu tahu bagaimana produk tersebut dihasilkan, kualiti produk dan yang paling penting kesan jangka masa panjang kepada kita. Jangan terbeli produk yang bercampur steroid pula nanti. Memang kesannya nampak dalam masa yang pantas, tapi buah pinggang anda pula yang jadi mangsa nanti akibat kesan sampingan. Nauzubillah.

Akhir kata, Qada dan Qadar sudah ditentukan, tetapi sebagai manusia kita bukan hanya perlu bertawakkal, kita mesti berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sihat sentiasa. Wallahua’lam.

Semoga anda juga mendapat manfaatnya!

Saya juga berkongsi pengalaman dan tips di facebook My Google plus dan Twitter 

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>