Penyusuan Susu Ibu – 5 Teknik Atasi Payudara Bengkak

Punca dan cara mengatasi Payudara Bengkak

Payudara Bengkak

Pengalaman pertama bergelar ibu memang sangat menakjubkan..apatah lagi bila dapat menyusukan bayi anda dengan susu ibu..tapi keseronokkan itu mungkin akan terganggu sedikit disebabkan oleh payudara bengkak..payudara yang bengkak akan menyebabkan payudara anda rasa berdenyut-denyut, mengeras, sakit bila disentuh terasa penuh dan sangat tidak selesa..

Pengalaman payudara bengkak ini adalah perkara biasa bagi para ibu pada minggu pertama selepas melahirkan. Anda yang mengalami payudara bengkak ini mungkin akan demam..tapi jangan risau sebab keadaan ini hanya sementara sahaja.

Punca Payudara Bengkak

Payudara anda akan menghasilkan susu badan yang banyak untuk menampung keperluan bayi anda. Selalunya kilang payudara anda akan berkerja lebih kuat pada hari ke-2 hingga hari ke-6 selepas bersalin. Itulah kelebihan wanita yang bergelar ibu. Tubuh anda akan secara automatik berusaha memenuhi keperluan susu bayi anda.

Walaubagaimanapun, ada sebahagian ibu yang tidak mengalami payudara bengkak ini. Para ibu ini cuma merasakan bahawa payudara mereka menjadi lebih penuh sedikit. Walaubagaimanapun, selagi bayi anda melekap dengan betul dan menyusu sekerap yang mungkin, payudara bengkak anda akan beransur surut.

Cara merawat payudara bengkak

1) Pakai coli penyusuan yang sesuai dengan payudara anda. pastikan ianya tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Sentiasa pakai coli walaupun pada waktu malam.

2) Susukan bayi anda mengikut keperluan dan sekerap mungkin. Kejutkan bayi anda sekiranya bayi tidur melebihi 3 jam kerana selalunya bayi yang baru lahir akan tidur lebih banyak berbanding berjaga. Susukan bayi anda dengan kedua-dua payudara setiap kali menyusu. Setelah bayi melepaskan puting payudara yang pertama(dan payudara anda rasa telah dikosongkan), berikan payudara yang sebelah lagi. Pada sesi seterusnya, mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap oleh bayi anda. Untuk mengelakkan kekeliruan, anda mungkin boleh memakai gelang di lengan yang menandakan payudara ia adalah payudara terakhir(pertama untuk penyusuan seterusnya).

3) Apabila payudara bengkak berlaku, urut dan perah dahulu untuk melembutkan bahagian areola anda kerana ia akan menghalang proses lekapan yang betul. Anda juga boleh meletakkan tuala panas di dada ataupun mandi menggunakan air suam untuk melancarkan pengaliran susu. Keadaan ni memang agak sukar dan memakan masa tapi anda perlu tenangkan diri dan yakin segalanya akan dapat diatasi.

4) Alternatif lain, anda jga boleh mengepam susu bagi mengelakkan payudara bengkak..kalau anda mengepam semasa di hospital, labelkan stok susu anda dan berikan kepada jururawat untuk di simpan..dan jangan lupa untuk mengambilnya sebelum anda meninggalkan hospital ye..Susu ini boleh disimpan untuk digunakan semasa sesi melatih bayi anda menyusu  menggunakan botol sebelum anda kembali bekerja.

5) Urut payudara anda sebelum  dan semasa menyusukan bayi anda. Ini dapat membantu melancarkan pengaliran susu anda dan melegakan rasa sakit akibat payudara bengkak.

Pengalaman saya sendiri bila payudara bengkak selepas bersalin kedua-dua anak saya ialah saya akan letakkan tuala panas pada payudara, kemudian urut dengan perlahan-lahan dan pam sedikit susu terlebih dahulu untuk mengurangkan bengkak. Bila dah surut sikit bengkak di bahagian areola baru saya berikan pada bayi..Alhamdulillah cara ini banyak membantu melegakan payudara bengkak.

Semoga bermanfaat untuk anda dan bayi!

Kalau anda perlukan khidmat nasihat dan pembelian Set Penyusuan Shaklee bolehlah hubungi saya di 012-3461698..Insyaa Allah saya akan cuba membantu anda!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose