Panduan Beri Anak Susu Ibu Melalui Botol – Elak Anak Keliru Puting

Bagi ibu-ibu baru atau ibu yang baru berjinak-jinak dengan penyusuan susu ibu, anda pasti tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk memperkenalkan botol susu kepada anak anda. Dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk memperkenalkan penyusuan susu ibu melalui botol kepada bayi anda.

Penyusuan susu ibu

1. Waktu yang sesuai

Masa paling baik untuk memperkenalkan penyusuan susu ibu melalui botol ialah sewaktu bayi berumur 4 minggu. Jika bayi diperkenalkan dengan penyusuan botol terlalu awal dikhuatiri bayi akan mengalami ‘nipple confusion’.

2. Penyusuan botol oleh suami atau ahli keluarga lain

Bayi anda sangat sensitive dengan bau dan suhu badan anda dan dia mungkin menolak sekiranya anda yang memberikannya susu botol tersebut. Oleh itu, sebaiknya anda minta bantuan suami atau ahli keluarga yang lain untuk memberikan susu perahan melalui botol.

Pengalaman saya sendiri masa menyusukan anak pertama saya, saya terpaksa keluar rumah semasa husband saya nak susukan melalui botol. Alhamdulillah semasa anak kedua saya tak perlu keluar rumah lagi, saya cuma perlu duduk di bilik yang berasingan sahaja.

3. Mulakan dengan susu perahan segar

Sesetengah bayi mungkin akan meolak pada kali pertama diberikan susu perahan beku yang telah dicairkan. Sebagai Alternatif, untuk permulaan anda boleh berikan susu perahan segar( yang belum dibekukan). Tapi sekiranya bayi anda tiada masalah untuk minum susu perahan beku yang telah dicairkan anda boleh teruskan.

4. Susu segar lebih bernutrisi berbanding susu beku

Berdasarkan kajian, susu ibu yang segar lebih bernutrisi berbanding susu yang telah dibekukan. Tetapi jangan risau kerana kandungan nutrisinya adalah jauh lebih baik berbanding susu formula dipasaran. Oleh itu, anda digalakkan untuk memberikan lebih susu segar berbanding susu yang beku.

Anda mungkin boleh menggunakan contoh-contoh nisbah antara susu segar dan susu beku seperti di bawah mengikut kesesuaian anda.

3: 2; 4:1; 2:3; 1:4( Susu segar: susu beku – contoh ini boleh digunakan kalau bayi anda minum 5 botol sehari sepanjang ketiadaan anda).

5. Penyusuan Alternatif terbaik selain botol

Alternatif terbaik untuk mengelakkan ‘nipple confusion’ ialah melalui ‘cup feeding’ atau penyusuan melalui cawan khas/kecil, ‘spoon feeding’ atau penyusuan melalui sudu atau pun ‘syringe feeding’ atau penyusuan menggunakan picagari.

Sebenarnya penggunaan botol untuk penyusuan kurang digalakkan tetapi untuk memudahkan pengasuh barulah penggunaan botol terpaksa diterima.

Baca sini tentang jadual latihan memerah susu ibu.

Sekian dulu perkongsian daripada saya. Hubungi saya jika anda inginkan supplement untuk membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.

 SMS/Whatsapp ke 012-3461698..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose