Persediaan Untuk Memerah Susu Ibu

Sedang mengira detik kehadiran bayi anda yang bakal lahir tak lama lagi? Mesti anda telah membeli pelbagai kelengkapan untuk menyambut ahli baru anda. Sekiranya anda merancang untuk menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun, anda perlu menambah beberapa lagi barang dalam senarai barang yang perlu dibeli. Senarai yang saya maksudkan ialah kelengkapan untuk memerah susu ibu.

persediaan memerah susu

Kesilapan yang dilakukan oleh ramai ibu ialah tidak membeli kelengkapan untuk memerah susu ibu sebelum kelahiran. Sebenarnya, ada sebahagian daripada keperluan memerah susu ibu yang perlu dibeli sebelum kelahiran. Ini bertujuan untuk memudahkan ibu memerah susu seawal beberapa hari selepas kelahiran kerana lazimnya anda akan mengalami bengkak susu(over supply) dalam tempoh tersebut.

Senarai Kelengkapan Untuk Memerah Susu Ibu

1. Pam Susu – Anda boleh memilih yang manual, bateri ataupun elektrik mengikut kemampuan bajet anda. Walaubagaimanapun, pakar laktasi menyarankan ibu menyusu untuk memilih pam yang boleh memerah kedua-dua belah payudara secara serentak(double pumping). Selain itu, anda juga perlu memilih pam berdasarkan jens pekerjaan anda. Sekiranya anda perlu sering travel, sebaiknya anda pilih pam yang mudah dibawa ke mana-mana. Tips penting untuk anda yang bekerja ialah pilih pam yang boleh memerah banyak susu dalam tempoh yang singkat.

2. Botol susu – Botol susu akan digunakan sebagai medium untuk menampung susu yang diperah dan juga akan digunakan semasa ingin memberikan susu perahan anda. Pelbagai pilihan susu yang terdapat dipasaran sekarang ini. Walau apa jua pilihan anda pasikan ianya adalah bebas BPA.

3. Bekas Simpan Susu Perahan – Susu yang diperah perlu disimpan di dalam bekas yang mudah dikendalikan dan bebas BPA. Anda boleh memilih bekas, botol mahupun plastik yang direka khas untuk menyimpan susu perahan. Tips memilih bekas simpan susu perahan ialah pilih yang menjimatkan ruang dan mudah dikendalikan samada semasa ingin menyimpan atau semasa ingin digunakan.

4. Beg Pendingin(Cooler Bag) – Pilih beg pendingin yang mampu mengekalkan suhu susu perahan anda dan muat untuk digunakan sepanjang anda berkerja.

5. Peti Sejuk – Pastikan ruangan peti sejuk beku anda mampu memuatkan stok susu perahan anda. Sekiranya berkemampuan dan bercadang ingin menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun sebaiknya anda dapatkan peti sejuk beku yang mampu menyimpan stok susu perahan sehingga ke temboh 6 bulan(deep freezer). Pengasingan stok susu daripada bahan-bahan mentah seperti ikan, ayam atau daging dapat membantu mengelakkan susu anda daripa berbau.

Untuk item 1-3 adalah antara kelengkapan yang perlu dibeli sebelum kelahiran bayi anda. Manakala item no 4 & 5 pula boleh dibeli kemudian atau apabila ingin digunakan nanti. Baca lagi tentang penyusuan susu ibu di sini.

Sekian dulu perkongsian dari saya. Saya doakan anda berjaya capai target anda untuk menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun..:)

Oh ye, kalau anda perlukan supplement untuk penyusuan anda, as usual feel free to contact me ye..012-3461698..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose