Masalah Penyusuan Susu Ibu – Thrush @ Jangkitan Yis

Thrush atau lebih dikenali sebagai jangkitan Yis adalah antara masalah yang dihadapi oleh ibu menyusu. Yis akan berjangkit jika salah seorang daripada anda atau bayi mengalami jangkitan yis.

penyusuan susu ibu

Jangkitan Yis susah untuk dikenalpasti puncanya. Mungkin bayi anda terdedah kepada jangkitan yis semasa  proses kelahirannya. Selain itu jika anda pernah dijangkiti  jangkitan yis anda juga mungkin berisiko mendapat thrush. Anda lebih berisiko untuk mendapat thrush jika anda diberikan antibiotik sebaik sahaja melahirkan(mungkin kerana penyakit lain). Ini kerana antibiotik akan membunuh semua bakteria termasuklah bakteria baik yang sangat penting untuk mengawal yis di dalam tubuh anda.

Yis akan tumbuh di dalam keadaan lembab dan bergula. Sebab tu lah semasa menyusukan bayi anda jangkitan yis lebih mudah berlaku.

Simptom-simptom Thrush Ibu

  • Rasa gatal, panas atau mencucuk-cucuk dibahagian puting dan kadangkala di dalam payudara

 

  • Puting berwarna kemerah-merahan atau berkilat

 

  • Pelekapan yang menyakitkan

 

  • Rasa Sakit semasa menyusukan bayi

Simptom-simptom Thrush Bayi

  • Cerewet ketika menyusu – mulut bayi anda mungkin membengkak dan akan menyakitkan semasa menyusu

 

  • Ruam lampin yang teruk dan lambat sembuh

 

  • Bintik-bintik berwarna putih di mulut bayi(hanya sebahagian bayi yang mengalaminya)

Cara Mengatasi Thrush @  Jangkitan Yis

  • Segera rujuk kepada doktor ataupun pakar laktasi

 

  • Mulakan rawatan untuk anda dan bayi secepat mungkin

 

  • Pastikan ahli keluarga anda dan penjaga menjaga kebersihan dan mencuci tangan dengan betul

 

  • Cuci botol dan puting dengan bersih dan steril terlebih dahulu setiap kali ingin digunakan

 

  • Pastikan peralatan yang digunakan semasa memerah susu disteril

 

  • Kerap tukar pad payudara anda untuk memastikan payudara anda sentiasa kering

 

  • Cuci bra dan baju dengan air panas

 

  • Amalkan pengambilan minuman kultur, yogurt atau supplement untuk meningkatkan sistem imun tubuh anda

 

  • Lap puting dan payudara setiap kali lepas mandi dan biarkan puting anda kering sebentar selepas sesi penyusuan

 

  • Kurangkan pengambilan gula – Yis sangat sukakan gula!

 

  • Dapatkan rehat secukupnya kerana ia pemangkin kesihatan yang lebih baik

Rawatan Thrush

  • Krim nystatin(agen anti-fungus) – ia perlu disapu di puting dan aereola selepas penyusuan selama 10 hari. Ia juga boleh disapukan di dalam mulut bayi(dibahagian dalam pipi)

 

  • Krim Diflucan – Jika krim nystatin tidak berkesan doktor mungkin mencadangkan pengambilan Diflucan selama 14 hari

 

  • Cuka – anda juga boleh berkumur-kumur dengan cuka putih yang dicampurkan dengan iar. Selain itu, sapukan juga campuran cuka dan air itu dibahagian puting anda. Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah ruam lampin bayi anda.

Teruskan menjaga kebersihan dibahagian payudara anda terutamanya dibahagian puting. Pastikan juga kebersihan peralatan dan tangan anda dicuci setiapkali ingin memulakan penyusuan. Ini kerana jangkitan yis atau thrush ini boleh berulang kembali jika ianya tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Jemput baca tentang diet ibu menyusu – 7 makanan yang perlu dielakkan

Sekian dulu perkongsian utnuk kali ni. Jumpa lagi di dalam entry akan datang..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose