Kolostrum – Manfaat Cecair Emas Untuk Perlindungan Bayi Anda

Kolostrum atau juga dikenali sebagai susu awal ibu ialah cecair hebat yang hanya boleh didapati pada 3 hari pertama selepas kelahiran bayi anda. Walaupun kuantiti yang dihasilkan sedikit sahaja tapi ianya cukup untuk mengenyangkan bayi dan memberikan perlindungan yang sangat hebat kepada sistem pertahanan bayi anda.

 

Kolostrum adalah sangat penting untuk bayi anda. Oleh itu, penyusuan susu ibu sangat digalakkan bermula dalam tempoh setengah jam selepas kelahiran. Sedikit info tentang kolostrum yang perlu anda ketahui. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal kelebihan dan manfaatnya, ada pasti tidak akan sia-siakan cecair ajaib ini.

 

kolostrum

 

 

Apa Itu Kolostrum?

  • Susu ibu yang dihasilkan seawal usia kandungan 7 bulan sehingga ke beberapa hari selepas kelahiran.

 

  • Ia adalah cecair pekat, melekit dan berwarna kekuningan

 

  • Kuantiti yang dihasilkan adalah sedikit iaitu hanya lebih kurang  3oz dalam tempoh 24 jam.

 

  • Kolostrum mengandungi nutrisi(protein dan vitamin A) yang lengkap untuk bayi.

 

Manfaat Kolostrum kepada bayi

  • Melindungi usus bayi daripada sebarang jangkitan.

 

  • Merupakan imunisasi pertama bayi yang membantu sistem tubuh bayi dalam menentang bakteria.

 

  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik didalam usus bayi dan menguatkan daya tahan tubuh.

 

  • Membantu bayi mengkumuhkan ‘meconium‘ melalui najis untuk mencegah Jaundis

 

Kolostrum ini seterusnya akan digantikan dengan susu matang beberapa hari selepas kelahiran. Ia cuma boleh dihasilkan oleh tubuh anda sekali sahaja. Oleh itu, hargailah kolostrum anda. Pastikan bayi anda dapat menikmati cecair emas ini.

 

Pilihan anda akan mempengaruhi kesihatan bayi anda di masa akan datang. Sistem pertahanan tubuh bayi anda masih belum matang semasa hari-hari pertama kelahirannya. Perkuatkan sistem imun  bayi anda dengan Kolostrum sebagai persiapannya untuk melawan bakteria-bakteria disekeliling anda.

 

Baca lagi tentang persediaan sebelum memerah susu ibu di sini

 

Bagi yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi anda berumur 2 tahun seperti yang disarankan oleh Al-Quran, anda digalakkan mengambil vitamin tambahan semulajadi seperti Set Penyusuan Shaklee. Ia bukan sahaja bertindak sebagai ‘Milk Booster‘ tetapi juga membantu ibu dan bayi lebih sihat, membantu mengembalikan tubuh ibu ke bentuk asal, mencantikkan kulit dan juga bertindak sebagai  ’energy booster‘ untuk memastikan ibu kekal bertenaga sepanjang hari.

 

Inginkan Set Penyusuan Terbaik anda? SMS/Whatsapp ke 012-3461698!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose