Makanan Untuk Perkembangan Otak Bayi Di Dalam Kandungan

Perkembangan bayi anda bermula dari dalam kandungan lagi. Ianya mula berkembang pada minggu kedua kehamilan dan dan berterusan hingga ke minggu akhir kehamilan anda. Sebab tu pemakanan ibu semasa hamil sangat penting dan amat dititik beratkan oleh pakar perbidanan anda.

makanan untuk perkembangan bayi dalam kandungan

Pemakanan anda semasa hamil akan mempengaruhi pertumbuhan janin dan menentukan keupayaan minda dan kognitifnya. So, kalau anda mengalami masalah tiada selera untuk makan sekalipun anda tetap perlu makan juga. Bak kata gynae saya ‘takde alasan, takde selera pun kena makan’..:).. saya pun pernah mabuk masa hamil dulu dan susah nak makan. Tapi saya pujuk diri untuk makan jugak sebab nak baby sihat..:)

Saya kongsikan nutrisi-nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu hamil. Nutrisi-nutrisi ini sangat penting dan boleh mengakibatkan bayi anda cacat atau perkembangan terbantut kalau tidak mencukupi.

Asid Folik

Sangat penting untuk membantu pertumbuhan tiub neural janin dan juga membantu mencegah ‘spina bifida‘ atau masalah saraf tunjang terkeluar melalui bukaan dibahagian belakang.

Sumber -  Bayam, kacang tanah, biji bunga matahari, avocado, emping jagung

DHA

Sangat penting kerana ia melibatkan proses pembentukan tisu otak dan penebatan neuron

Sumber – Ikan beriklim sejuk, makanan yang diperkuat dan ‘Supplement

Asid Lemak Omega 3 & Omega 6

Omega 3 diperlukan untuk perkembangan membran sel dan fungsi fisiologi otak. Manakala Omega 6 pula berfungsi sebagai pelopor kepada sekumpulan hormon yang memainkan peranan dalam perkembangan penting otak.

Sumber Omega 3 – Ikan beriklim sejuk, hati ikan kod(jangan makan sebab organ dalaman sangat bertoksik)tuna, salmon dan susu formula.

Sumber Omega 6 – Biji bunga matahari, minyak bijan, jagung, biji labu, bijan, kekacang, daging, produk tenusu.

Kolina

Berfungsi sebagai penebat saraf dan berperanan dalam DNA

Sumber – Telur, germa gandum, kacang soya, susu, kacang tanah, kobis bunga dan kobis

Antioksida(Vitamin A, C & E)

Penting untuk melindungi membran sel daripada kerosakan

Sumber  Vitamin A – Minyak hati ikan kod(jangan makan sebab sangat bertoksik), telur, lobak merah, bayam, mangga, brokoli, tomato.

Sumber Vitamin C – Buah-buahan sitrus, beri, kiwi, cili

Sumber Vitamin E – Minyak sayuran, gandum dan tauge

Zat Besi

Berfungsi sebagai pemberi isyarat saraf dalam otak, penebatan saraf dan tenaga

Sumber – Daging, kuning telur, bijan yang diperkaya, sayuran berdaun hijau

Zink

Penting untuk perkembangan bahagian otak yang ada kaitan dengan tumpuan perhatian dan daya ingatan

Sumber – Kerang, daging, kacang, susu, bran gandum

Kata orang tua2 apa yang anda makan semasa hamil ni nanti akan jadi makanan kegemaran anak anda bila dah besar nanti. So, kalau nak anak makan yang berkhasiat mulakan daripada sekarang ye..:)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Jemput baca tentang Tip Tidur lena semasa hamil di sini

Nak cuba Set Kehamilan Shaklee? As usual, hubungi saya di 012-3461698 ye :)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose