LAGI SALAH FAHAM TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU

Salam semua..kebelakangan ni saya kerap dengar kawan-kawan dan sedara mara yang bagi alasan tak breastfeed sebab susu badan mereka tak cukup..tapi bila ditanya macam mana tau tak cukup, diorang jawab sebab bila saya picit susu ade sikit je..:)

Sebenarnya ramai sangat para ibu diluar sana yang tak tau bahawa susu ibu pada hari 1-3 memang sikit je..tapi kalau kita kerap susukan bayi lama kelamaan susu tu akan banyak..lagi satu sebenarnya yang sikit tu la yang terbaik untuk bayi tu..susu yang keluar tu dinamakan sebagai kolustrum atau susu awal ibu..mungkin masih ada yang tak tau apa itu Kolostrum,jom kita baca..

Apa Itu Kolustrum?

Kolostrum merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Ia sangat bermanfaat bagi bayi, kerana:

  1. mengandung banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
  2. mudah dicerna
  3. memiliki efek laksatif
  4. memiliki kandungan imun yang tinggi
  5. melindungi saluran pencernaan bayi
  6. mengandung sel darah putih
Sumber:Wiki

haa! kan banyak khasiatnye tu..so, memang rugi sangat kalau bayi anda tak dapat kolustrum dari ibunya..dahtu ramai pulak yang berebut nak bagi kolustrum lembu tu..sian anak anda..terpaksa minum kolustrum lembu walhal mak dia boleh bagi yang paling baik untuk dia tapi nak bagi binatang punye jugak kan..:(

Selain daripada itu jugak, tersangat la ramai yang risau susu badan mereka ni tak cukup untuk bayi..jangan risau sebab perut bayi anda sebenarnya kecik je..kalau anda bagi lebih dari yang diperlukan tu yang menyebabkan bayi selalu ‘muntah susu’ tu..kalau nak tau ni la saiz perut bayi anda sebenarnya..

sekarang anda semua dah faham la betapa kecilnya perut bayi baru lahirkan..lepas ni boleh la share dengan kawan-kawan yang lain ye..hihi

Since dah bukak topik breasfeeding ni saya rasa terpanggil pulak nak share sikit experience saya masa 1st baby dulu..ceritanya macam ni..masa hari-hari pertama selepas bersalin dulu..saya pun perah jugak susu tapi yang keluar hanya beberapa titis je..memang saya risau masa tu dan terfikir jugak cukup ke baby nak minum ni..tapi disebabkan saya dah belajar tentang penyusuan susu ibu yang sebenarnya, saya positifkan diri dan teruskan bagi bayi menyusu sekurang-kurangnya setiap 3 jam sekali(atau  kurang dari tempoh tu..ikut permintaan bayi)..sebabnya masa di hospital memang nurse dah ajar saya untuk kejutkan bayi kalau dia tak bangun menyusu selepas 3 jam..kalau nak tau bayi yang minum susu ibu ni kurang berisiko untuk kena jaundis..kalau kena jugak pun selalunya ‘mild’ je..

okay la cukup la dulu untuk malam ni sebab mata pun dah mengantuk sangat ni..insyaa Allah lain kali saya sambung lagi tentang penyusuan susu ibu lagi ye.semoga lebih ramai yang faham tentang penyusuan susu ibu dan lebih ramai bayi yang dapat khasiat susu ibu.

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose