Kepentingan Air Kepada Ibu Berpantang

Pengambilan air yang mencukupi sangat penting bagi Ibu Berpantang.

Ibu Berpantang

Lazimnya Ibu Berpantang yang mengikut kaedah tradisional tidak dibenarkan untuk minum lebih daripada 2 gelas air. Alasan yang kerap diberikan oleh orang-orang tua ialah takut peranakan mengembang.

Amalan berpantang yang kurang pengambilan air boleh menyebabkan Ibu Berpantang mengalami masalah Sembelit. Jika masalah Sembelit berterusan untuk suatu tempoh yang lama, takut-takut nanti anda akan berisiko mendapat Buasir pula.

Saya sendiri pernah mengalami masalah Sembelit semasa bersalin anak pertama dulu. Disebabkan ianya pengalaman pertama, so saya hanya ikut sahaja petua yang di ajar oleh ibu dan tukang urut saya.

Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Sampaikan saya trauma untuk membuang air besar dibuatnya. Walhal saya memang minum ubat pelembut najis yang diberikan oleh gynae dan mengamalkan pemakanan serat yang seimbang.

Kebetulan saya memang ada menyimpan nombor telefon pakar laktasi masa tu. Bila saya hubungi beliau menyarankan supaya Ibu Berpantang  macam saya perlu minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Selepas mengamalkannya, akhirnya saya boleh membuang dengan lancar dan tiada lagi masalah sembelit.:)

Kemudian, bila follow-up dengan gynae saya pun cerita tentang pengalaman saya Sembelit masa masa minggu pertama berpantang. Gynae pun sarankan perkara yang sama iaitu minum 2 liter air sehari.

Masa tu la gynae terangkan kepada saya tentang komposisi air dalam tubuh manusia. Barulah saya tahu yang 60% tubuh manusia terdiri daripada air. So, bila kurang minum air memang system tubuh akan terganggu la. Alhamdulillah memang tepatlah pilihan saya untuk minum air secukupnya semasa berpantang.:)

Ibu Berpantang

Salah satu masalah bila kurang air ialah masalah percernaan dan pembuangan. Air juga sangat penting dalam proses untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan air menyebabkan oksigen tidak sampai ke bahagian tubuh yang sepatutnya.

Selain itu, sel-sel tubuh juga sangat memerlukan air untuk proses membiak, membina semula dan ‘survive’. Sebenarnya banyak lagi kepentingan air kepada tubuh. Antaranya ialah:

Diperlukan oleh otak untuk menghasilkan hormone dan neurotransmitter

  • Mengawal suhu badan
  • Bertindak sebagai penyerap hentakan untuk otak dan saraf tunjang
  • Merupakan bendalir kepada sendi-sendi tubuh
  • Menyahkan bahan buangan tubuh terutamanya melalui air kencing
  • Dan pelbagai lagi

Ibu Berpantang yang menyusukan bayi terutaanya sangat perlu menitikberatkan tentang pengambilan air secukupnya. Ini kerana penghasilan Susu Ibu berkait rapat dengan pengambilan air seseorang ibu. Jika anda kurang minum air, takut-takut nanti penghasilan susu akan terganggu atau pun anda mengalami dehidrasi.

Kesan negative akibat dehidrasi ialah ia boleh menyebabkan Ibu Berpantang berasa lesu dan cenderung untuk mempunyai masalah emosi kerana hormone yang tidak stabil.

Selain daripada perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari, Ibu Berpantang juga perlu minum apabila berasa dahaga. Kerana dahaga ialah tanda bahawa badan anda telah kekurangan air.

So, saranan saya untuk bakal-bakal ibu dan Ibu Berpantang yang baru pertama kali melalui pengalaman ini, sebaiknya anda rujuk kepada Pakar sakit puan dan pakar laktasi anda terlebih dahulu mengenainya.

Bukanlah bermakna anda perlu tolak bulat-bulat petua orang-orang tua, cuma sebaiknya rujuk juga kepada yang lebih arif seperti gynae dan Kaunselor laktasi sebelum mengambil sesuatu tindakan supaya ianya tidak memudaratkan anda dan bayi.

Tempoh berpantang adalah suatu tempoh yang amat indah terutamanya untuk ibu-ibu baru. Kenapa nak seksa diri anda semata-mata kerana sesuatu yang anda sendiri tidak pasti akan kesahihannya.

Berfikirlah dengan bijak. Jangan sampai badan anda menerima akibat kesan daripada kesilapan anda pula ye.:)

Cari Agen Shaklee Di Area Anda --> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia



Cari Agen Vivix Shaklee Di Area Anda --> Pengedar Vivix Shaklee Seluruh Malaysia



Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee --> Daftar Ahli Shaklee 2017



Nak Beli Produk Shaklee? --> Cara Beli Produk Shaklee Online



 
Call to action blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You might also likeclose
%d bloggers like this: