Kenapa Saya Pilih Shaklee?

Kali ni saya rasa terpanggil untuk kongsikan ‘ Kenapa Saya Pilih Shaklee ?’ walaupun sebenarnya ada banyak sangat MLM lain kat luar sana.

Kenapa Saya Pilih Shaklee

Kisah saya dan  Shaklee  bermula pada tahun 2011. Masa tu saya sedang berpantang anak ke-2.

Masa berpantang anak ke-2 saya memang banyak sangat masa terluang sebab syarikat peruntukkan cuti bersalin selama 3 bulan. Yang buatkan masa berpantang saya tu sangat banyak masa terluang sebab saya dijaga oleh ibu tersayang.

Kebanyakan masa saya hanyalah menjaga diri sendiri, menyusukan bayi, membaca dan melayari internet. Masa sibuk melayari internet la saya dipertemukan dengan  Shaklee . Itu pun sebab saya terfikir nak cari supplement yang boleh banyakkan susu ibu dan atasi rasa sakit-sakit badan dan kelesuan selepas melahirkan.

Produk pertama  Shaklee  yang saya gunakan ialah  Alfalfa ,  B Complex ,  Vitalea  dan  Vita C . Walaupun baru sangat mengamalkan vitamin-vitamin tu tapi memang boleh nampak perubahan yang amat ketara. Sampaikan ibu mertua saya pun cakap kat mak saya ‘Bersalin kali ni nampak Erni kuat sikit ye, tak macam bersalin yang pertama dulu. Dulu nampak lemah je..’

Sejak daripada tu saya memang menggunakan  Shaklee  tapi hanya untuk diri sendiri je. Kalau nak tahu since saya mengamalkan vitamin-vitamin  Shaklee , susu badan memang banyak sangat sampaikan suami saya terpaksa beli ‘deep freezer’ sebab peti ais 2 pintu kami dah tak muat untuk simpan stok susu perahan.

Nak dijadikan cerita, lagi sebulan nak tamat tempoh berpantang saya terfikir since produk  Shaklee  ni bagus, apakata saya kongsikan kebaikannya dengan kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain.

Disebabkan saya ni seorang yang agak cerewet orangnya dan agak skeptical tentang MLM(sebab saya ada banyak bad experience dengan MLMs). So, sebelum buat keputusan nak join saya selidik dulu latar belakang syarikat  Shaklee  ni.

Masa tu barulah saya tau yang  Shaklee  ni memang sangat-sangat mementingkan kualiti produknya. Inilah maklumat penting yang membuatkan saya terus nekad nak daftar sebagai ahli  Shaklee .

Kenapa Saya Pilih Shaklee

Kenapa Saya Pilih Shaklee

Maka selepas tu bermulalah episod saya sebagai  Pengedar Shaklee .

Saya rasa seronok untuk berkongsi manfaat produk  Shaklee  kepada kesihatan sebab dah pun merasainya sendiri. Alhamdulillah hampir setiap hari kami mendapat ‘feedback’ yang sangat positif daripada pengguna tentang pengalaman mereka menggunakan  Shaklee .

Bermula dengan nak banyakkan susu dan lebih sihat serta bertenaga, akhirnya sekarang saya dah mampu menikmati bonus setiap bulan. Secara tak langsung ekonomi keluarga pun semakin bagus sejak ber Shaklee . :)

Jemput baca di sini tentang  Kelebihan Jadi Ahli Shaklee 

Tak kenal maka tak cinta, dah kenal nanti mesti terus setia macam saya. :)

Berminat nak rasai sendiri pengalaman ber Shaklee  macam saya?

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose