Kenapa Bayi Menangis Dan Punca Bayi Menangis

Punca bayi menangis

bayi menangis, punca bayi menangis, cara memujuk bayi menangis, cara mendodoikan bayii menangis, pujuk bayi

Kenapa bayi menangis? Menangis merupakan salah satu cara bayi berkomunikasi dengan ibubapa dan orang sekeliling. Bayi menangis untuk menarik perhatian ibu atau ayah kerana inginkan sesuatu. Selain daripada masalah kesihatan dan penghadaman bayi anda mungkin menangis akibat beberapa perkara. Antaranya punca-puncanya ialah:

Bayi anda lapar

Antara punca utama bayi menangis ialah kerana lapar. Oleh kerana perut bayi terutamanya yang baru lahir adalah amat kecil dan hanya menampung kuantiti susu yang sedikit sahaja. So, adalah normal kalau bayi anda kerap menangis akibat lapar. Jangan risau kerana bayi akan kembali tenang bila anda dapat susu yang dinginkan..:)

Bayi anda tidak selesa

Bayi juga mungkin menangis akibat tidak selesa dengan baju yang dipakai.  Mungkin baju yang dipakaikan kepada bayi anda terlalu ketat hingga menyakitkan ataupun pakaian tersebut menyebabkan bayi gatal. Selain itu, bayi juga akan menangis apabila lampinnya basah. Magiknya, bayi anda akan secara automatik berhenti menangis atau tersenyum bila lampin atau bajunya ditukar..:)

Bayi terlalu panas atau terlalu sejuk

Suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk akan menyebabkan bayi tidak selesa dan menangis. Sesetengah bayi terutama yang baru lahir mungkin tidak suka bila dimandikan ataupun dipakaikan baju. Selain itu anda juga perlu pastikan selimut atau cadar tilam bayi anda bukan jenis kain yang panas atau merimaskan.

Bayi anda ingin dipeluk

Sesetengah bayi sangat suka dan tenang bila berada dalam pelukan ibunya. Ramai ibu yang runsing bila bayi anda menangis tetapi  menolak bila diberikan susu dan bila diperiksa lampinya juga tidak basah. Pada ketika ini anda mungkin boleh lakukan ialah dukung dan peluk bayi rapat ke dada anda kerana mungkin dia hanya ingin dipeluk.

Bayi anda perlukan rehat

Pernah tak bayi anda menangis walaupun sedang didukung? Dan masih terus menangis walaupun diberikan susu? Macam pelikkan? Kebiasaannya bayi memang suka didukung tetapi ada masanya bayi anda akan rasa penat akibat didukung seharian dan inginkan rehat. Cara mengatasinya sangat senang iaitu letakkan bayi anda di atas tilam dan tepuk beliau dengan perlahan sambil mendodoikannya sehingga tenang.

Cara menenangkan bayi menangis

  • Bedungkan bayi anda dan peluk rapat ke dada.
  • Bayi yang baru lahir rasa selesa dan selamat bila dibedung dan didukung olh ibunya. Perasaan dibedung dan didukung membuatkan bayi anda seperti berada di dalam perut ibunya.
  • Mainkan muzik yang menenangkan.
  • Bayi akan lebih tenang bila anda memainkan muzik perlahan dan menenangkan seperti Mozart. Selain daripada muzik, anda juga boleh menyanyikan zikir2 yang memuji kebesaran Allah semasa bayi menangis.
  • Buai-buaikan bayi anda
  • Bagi anda yang memang mengamalkan menidurkan bayi anda di dalam buai, inilah masanya anda patut masukkan bayi anda ke dalam buai dan ayunkan buai tersebut dengan perlahan-lahan. Manakala bagi anda yang tidak mengamalkan buai untuk bayi anda(seperti saya) anda mungkin boleh mendukuang bayi sambil berjalan perlahan-lahan atau pun baringkan bayi di atas riba dan goyangkan kaki anda perlahan-lahan.
  • Urut bayi anda. Urutan dapat menenangkan bayi. Buka baju bayi dan lakukan urutan dengan minyak bayi secara perlahan-lahan sambil memujuk/memuji  bayi anda.
  • Tenangkan diri anda. Kebanyakan ibu akan rasa panic, tertekan dan runsing bila bayi menangis. Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah ‘tenangkan diri anda terlebih dahulu’ kerana dikhuatiri anda melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap bayi anda. Sekiranya anda idak berjaya menenangkan diri, mintalah bantuan ahli keluarga terdekat anda untuk menjaga bayi anda buat seketika.

Sekian dulu untuk entry kali ni..semoga bermanfaat untuk anda semua..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose