Senarai Kelengkapan Bayi Baru Lahir

Orang tua-tua menyarankan agar kelengkapan menyambut bayi baru lahir dimulakan apabila kandungan berusia 7 bulan dan ke atas. Walaubagaimanapun ada sebahagian bakal ibubapa yang membuat persiapan sebaik sahaja mengetahui berita tentang kehamilan. Tak kiralah anda berada di kategori yang mana. Yang pasti perasaan untuk menyediakan kelengkapan untuk bayi yang bakal lahir pasti sangat mengujakan.

kelengkapan bayi baru lahir

Bagi yang pertama kali bakal bergelar ibu dan ayah pasti tercari-cari apakah senarai keperluan untuk bayi baru lahir. Persiapan untuk kelengkapan bayi sangat penting kerana bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang teliti. Persiapan yang baik akan dapat mengelakkan daripada anda dan pasangan daripada kekalutan akibat kekurangan sesuatu keperluan bayi semasa dalam tempoh berpantang. Tambahan pula pasangan anda juga tidak berapa faham tentang barangan bayi.

So, kali ni saya kongsikan senarai kelengkapan bayi baru lahir untuk yang baru pertama kali bakal bergelar ibu dan ayah.

Pakaian:

Sarung tangan & Stokin - Penting untuk mengelakkan bayi daripada kesejukan dan mengelakan bayi daripada mencakar mukanya. Sediakan sekurang-kurangnya 5 pasang.

Topi – Pilih topi daripada kain kapas. Sediakan sekurang-kurangnya 2.

Baju lengan panjang  & Seluar panjang – Penting untuk memastikan bayi tidak kesejukan. Pilihlah baju yang mempunyai butang di depan supaya mudah dipakaikan atau dibuka. Sediakan sekurang-kurangnya 5 pasang.

Baju lengan pendek  & Seluar pendek – Untuk kegunaan di siang hari. Sebaiknya pilih baju yang berlubang kerana ia menggalakkan pengaliran udara. Sebainya sediakan sekurang-kurangnya 5 pasang juga.

Barut – Pilih barut yang diperbuat daripada kain kapas. Sebaiknya sediakan sekurang-sekurangnya 10 helai barut kerana ia mungkin basah apabila bayi kencing atau buang air besar.

Tuala Muka – Digunakan untuk mengelap ‘muntah’ bayi.

Kain Bedung – Bedung diperlukan untuk memastikan bayi sentisa berada dalam keadaan yang hangat. Sebaiknya sediakan 5 helai bedung.

Lampin:

Lampin kain Moden/ Laimpin pakai buang – Boleh disediakan mengikut pilihan keselesaan anda. Kalau anda pilih lampin kain moden anda perlu sediakan sekurang-kurangnya 10 helai.

Tisu basah/ bebola kapas – Penting semasa ingin menukar lampin bayi

Krim ruam lampin – Bayi yang baru lahir memiliki kulit yang sensitif. Oleh itu, bayi mungkin akan megalami ruam lampin.

Pelapik kalis air – Berfungsi untuk mengelakkan najis bayi daripada terkena ke tilam/cadar.

Penjagaan Diri:

Tuala Mandi - Pilih tuala muka yang dapat menyerap air. Sediakan sekurang-kurangnya 2 helai.

Mandian & Syampu bayi – Pilih yang bukan berasaskan sabun supaya ia tidak megeringkan dan merengsakan kulit bayi anda.

Besen mandian – Pilih besen yang selesa dan selamat untuk bayi anda.

Minyak bayi/minyak zaitun – Untuk digunakan semasa proses urutan bayi.

Minyak angin bayi/minyak telon – Membantu masalah kembung perut dikalangan bayi baru lahir.

Sikat – Pilih sikat daripada jenis berus lembut kerana kulit bayi sangat sensitif.

Pemotong/gunting kuku – Potong kuku bayi anda untuk megelakkan bayi daripada mencakar mukanya.

Kelengkapan Tidur:

Tilam,  Bantal, cadar & Selimut  - Pilih material khusus untuk bayi untuk memastikan bayi anda dapat tidur dengan selesa dan mengurangkan kemalangan semasa tidur.

 

Kelambu – Berfungsi untuk mengelakkan bayi daripada gigitan nyamuk dan silau cahaya lampu/matahari.

Rasanya cukup sampai kat sini dulu ye..mana yang dah ready nak beli kelengkapan bayi tu boleh la rujuk checklist ni ye..

Next time saya akan sharekan pula senarai kelengkapan untuk ibu pula ye..:)

Kalau anda perlukan Set Bersalin Shaklee yang sangat awesome tu just let me know k..do contact me as usual 012-3461698..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose