11 Kelebihan Bayi Susu Ibu

Susu ibu adalah sebaik-baik ciptaan Allah S.W.T untuk bayi anda. Terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi oleh bayi yang meminumnya. Sayangnya kalau minuman ajaib ini tidak diberikan kepada bayi anda.

Alhamdulillah kedua-dua anak saya telah pun mendapat khasiat susu ibu. Memang nampak sangat perbezaannya berbanding dengan anak-anak saudara yang minum formula. Antaranya ialah anak-anak saya tiada asma(walaupun suami saya menghidap asma), cepat bercakap dan berjalan, cepat tangkap ilmu yang di ajar dan macam-macam lagi.

susu ibu, kelebihan susu ibu, manfaat bayi susu ibu

Antara kelebihan bayi yang minum susu ibu ialah:

  1. Sistem Imunisasi berada di tahap yang sangat sangat baik kerana ia mengandungi antibodi dan vaksin semulajadi kepada bayi. Susu ibu juga dapat membantu mengurangkan risiko bayi mendapat kanser di masa akan datang,
  2. IQ yang tinggi berbanding bayi yang minum susu formula kerana ia mengandungi sejenis lemak yang membantu pertumbuhan tisu saraf bayi.
  3. Bayi yang minum susu ibu memiliki system penghadaman yang lebih baik berbanding bayi yang minum susu formula. Ia dapat mengelakkan bayi daripada mendapat alahan terhadap makanan dan cirit-birit.
  4. Kulit yang lebih halus dan licin kerana susu ibu dapat mengurangkan risiko alahan kepada bayi.
  5. Bayi yang menyusu susu ibu memiliki tahap penglihatan yang lebih tajam.
  6. Sistem endoktrin  bayi lebih baik kerana ia dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes.
  7. Penyusuan susu ibu membantu dalam perkembangan otot muka bayi.
  8. Bayi yang minum susu ibu lebih mudah apabila diperkenalkan makanan pejal kerana rasa susu ibu yang pelbagai(mengikut makanan yang yang dimakan oleh ibu).
  9. Bayi yang minum susu ibu akan mempunyai tahap kolestrol yang rendah apabila dewasa kelak. Ini akan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  10. Susu ibu amat mudah dicerna kerana ia mempunyai kandungan garam dan protein yang rendah dan tidak membebankan buah pinggang bayi.
  11. Bayi yang minum susu ibu kurang terdedah kepada masalah pernafasan,selsema ,sembelit , penyakit tonsil, jangkitan telinga,  apendiks, masalah sendi & otot dan masalah saluran kencing.

Adakah anda sayangkan bayi anda? kalau ‘ya’ pastikan anda pilih untuk menyusukan anak anda!

Hubungi saya untuk mendapatkan Set Penyusuan Shaklee yang terbukti membantu anda dalam melaksanakan misi penyusuan selama 2 tahun seperti yang disarankan di dalam Al-Quran.

Klik ‘order now’ atau SMS/Whatsapp/call ke 012-3461698 sekarang juga!!!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


5 comments

  1. info yg bagus…susu ibu memang banyak kebaikannya….

  2. susu ibu susu terbaik. mesti mencuba susukan bayi sebelum beralih pada altertanif, susu formula.

  3. Alhamdulillah..tq DH..semoga lebih ramai yang sedar tentang khasiat susu ibu dan menyusukan bayi seperti yg disarankan di dalam Al Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose