KELEBIHAN PENYUSUAN SUSU IBU

Susu ibu adalah salah satu bukti kekuasaan Allah. Ia merupakan anugerah istimewa yang tidak patut disia-siakan…Sebenarnya telah banyak kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan bagi menggalakkan penyusuan susu ibu, tapi masih ramai lagi yang memilih untuk tidak menyusukan bayi mereka..

kelebihan susu ibu

Berbeza dengan para ibu di negara2 barat..kebanyakan mereka di  barat termasuklah para artis telah pun mempraktikkan konsep penyusuan susu ibu ini terhadap bayi mereka..sekaligus membuktikan tahap kesedaran tentang kebaikkan penyusuan susu ibu kepada bayi dan ibu itu sendiri telah meningkat dikalangan mereka..malangnya kita di sini masih dimomokkan oleh tokeh2 kilang susu yang susu formula tu kononnya tersangatlah berkhasiat sampaikan susu ibu diletakkan di kelas bawahan..:(

So, saya pun rasa terpanggil untuk sharekan kelebihan mengamalkan penyusuan susu ibu..kerana mungkin ada dikalangan kita yang masih tidak mengetahuinya..sebenarnya ada banyak lagi..tapi saya sharekan dulu sebahagian je ye..

Kelebihan Penyusuan Susu Ibu:

Bonding – Penyusuan susu ibu adalah kaedah merapatkan hubungan antara bayi & ibu yang paling bagus. Ini kerana semasa penyusuan berlakunya sentuha dari kulit ke kulit antara bayi dan ibu. Bayi juga dapat merasakan degupan jantung ibu yang dapat membuatkannya berasa tenang & selamat.

Antibodi – Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu bayi melawan infeksi terutama dalam bulan-bulan pertama kelahirannya. Susu ibu juga dapat mengurangkan risiko jangkitan seperti kuman dalam perut, selsema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

Mengurangkan Risiko Alahan – Susu ibu dapat mengurangkan risiko alahan pada bayi seperti asthma, ekzema dan penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukimia.

Anak Pintar – Susu ibu mengandungi  rantai ganda asid lemak politaktepu yang sangat penting untuk perkembangan otak bayi anda. Ia juga boleh meningkatkan perkembangan kognitif bayi anda. berdasarkan kajian, bayi yang minum susu ibu menpunyai tahap IQ & EQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula.

Kesihatan Ibu – Penyusuan susu ibu telah terbukti berjaya mengurangkan risiko kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis. Ia juga membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan ibu(dengan syarat amalkan pemakanan yang berpada ye..kalau makan tak ingat dunia memang susah la nak turun..).

Mudah, Jimat & Praktikal – Susu ibu sentiasa dalam keadaan tersedia, tanpa kos dan sentiasa dalam keadaan yang bersih. Anda tidak perlu memikirkan tentang pensterilan, membancuh susu, membawa air panas dan wang untuk menyediakannya.

hmm, kan ke banyak kelebihannya tu..sekarang anda dah takde alasan lagi untuk tidak memilih susu ibu..tepuk dada tanya la diri anda..jangan la nafikan hak yang telah ditentukan untuk bayi anda..sian dia..:)

Jom berikan yang terbaik untuk bayi anda!!! oh ye, kalau anda pilih untuk menyusukan bayi anda jangan lupa jaga pemakanan anda ye..sebabnya hanya tubuh yang sihat je yang mampu menghasilkan susu ibu pada tahap yang optimum..

Oh ye, kalau anda inginkan vitamin untuk ibu menyusu boleh la hubungi saya..kerana Set Breastfeeding Shaklee adalah makanan tambahan terbaik untuk ibu menyusu. Set Breastfeeding Shaklee akan membantu membantu penghasilan susu yang berkualiti untuk bayi anda dan membuatkan anda menjadi lebih bertenaga sepanjang hari. Ramai yang telah merasakan khasiatnya..Anda bila lagi??? Cubalah..anda pasti akan teruja dengan perbezaannya!!!

Do call me ya! 012-3461698

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose