FAKTA – 17 Perubahan Semasa Hamil

Pertama kali melalui fasa kehamilan memang mengujakan. Tapi keterujaan anda mungkin juga akan terganggu oleh beberapa perubahan yang bakal dialami oleh tubuh anda sepanjang proses kehamilan. Perubahan-perubahan ini perlu diberi perhatian supaya anda tidak panik atau risau bila menghadapinya.

perubahan semasa hamil

Fakta Tentang Perubahan Semasa Hamil

 

1. Rambut – Sepanjang kehamilan rambut akan tumbuh lebih cepat dan tebal serta berminyak. Atasinya dengan menambah kekerapan mencuci rambut anda.

 

2. Darah – Jumlah darah akan meningkat kerana paras hormon meningkat. Kesannya anda akan berasa panas dan mungkin perlu kerap mandi dan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas.

 

3. Urat Darah – Semasa hamil urat darah menjadi tebal dan ia menyukarkan darah sampai ke kepala. Sebab tu la ibu hamil selalu pening kepala. Bangun dari perbaringan dengan perlahan-lahan dan tundukkan kepala separas dengan paha jika anda pening.

 

4. Warna Aereola – Hormon kehamilan semasa hamil menebabkan pigmen dihasilkan lebih banyak daripada biasa. Sebab tu la aereola anda akan berwarna gelap semasa hamil. Ia akan beransur pulih selepas melahirkan.

 

5. Sakit Ari-ari – Ia adalah normal semasa hamil. Salah satu puncanya ialah kencing kotor. Jika anda berasa sakit di bahagian ari-ari sebaiknya dapatkan rehat yang secukupnya.

 

6. Keputuhan – Walaupun ianya adalah normal, tetapi sekiranya keputihan itu lebih banyak daripada biasa ataupun berbau, segera dapatkan rawatan rapi kerana takut2 ada jangkitan kulat pula.

 

7. Mood Swing – Ibu hamil juga mengalami simptom-simptom mood tidak stabil seperti wanita haid. Mungkin juga mood anda lebih ketara dan kerap berlaku. So, jangan hairan jika sebelum hamil anda adalah seorang yang ‘cool’ tapi bila hamil anda bertukar menjadi seorang yang pemarah..:)

 

8. Chloasma – Topeng kehamilan atau pun tompok2 hiam di wajah. Ianya boleh dikurangkan dengan memakai krim pelindung matahari.

 

9. Jerawat – Ibu hamil juga mungkin mempunyai masalah jerawat dan jangan hairan jika jerawat2 tersebut tumbuh di merata2 bahagian tubuh anda. Ianya adalah normal..:)

 

10. Payudara – Payudara akan mengalami perubahan daripada segi saiz kerana tubuh sedang bersedia untuk penyusuan selepas kelahiran.

 

11. Kaki – Selain daripada mengalami kekejangan, anda juga mungkin perlu menukar saiz kasut kepada saiz yang lebih besar. Sebabnya, kebanyakkan air berkumpul dibahagian kaki.

 

12. Bulu roma – Sesetengah ibu hamil mungkin akan mengalami bulu roma halus yang tumbuh dibahagian tertentu seperti sekeliling payudara, perut dan lain-lain. Jangan risau kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.

 

13. Sembelit – Hormon anda mungkin mengurangkan kadar penghantaran makanan yang dimakan ke usus. Selain itu, sembelit juga mungkin berlaku apabila kandungan anda semakin besar kerana rahim akan menekan usus dan menyukarkan anda untuk membuang air besar. Pastikan diet harian anda mengandungi serat dan air secukupnya.

 

14. Berdengkur – Sesetengah wanita hamil mungkin akan berdengkur(mungkin juga berdengkur dengan kuat). Sebaiknya tidur dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan anda daripada berdengkur.

 

15. Gatal – Regangan akan berlaku seiring dengan tumbesaran kandungan anda. Elakkan daripada menggaru kerana ia boleh menyebabkan ‘stretch mark’. Anda digalakkan untuk menyapu losyen khas supaya kulit kekal lembab dan tidak gatal.

 

16. Pedih hulu hati – Gastrik berlaku kerana perubahan hormon semasa hamil. Elakkan makanan berminyak dan pastikan anda mengambil  snek selain makanan utama.

 

17. Alahan – Sesetengah ibu hamil mungkin mengalami masalah daya tahan tubuh merosot dan mengalami alahan.Kenalpasti alahan anda dan elakkan daripada terdedah kepadanya.

 

Sekian dulu perkongsian saya untuk hari ni. Jika berminat nak cuba Set Kehamilan Shaklee, hubungi saya di 012-3461698 ye..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose