Diari Seorang Pengedar Shaklee

Perkongsian saya yang pertama untuk tahun 2014. Kali ni saya nak share tentang Diari Seorang  Pengedar Shaklee  yang sungguh indah tetapi penuh cabaran.:)

Pengedar Shaklee

Ramai yang bagi alasan tak cukup masa nak buat bisnes sebab selalu balik lambat dan lepas tu sibuk uruskan keluarga dan urusan rumah pula. Macam mana saya tau? saya pun pernah gunakan alasan yang sama jugak.:)

Saya yang dulu bukan yang sekarang. Dulu memang hidup penuh alasan sebab tu tak bergerak-gerak. Sibuk tengok kejayaan kawan-kawan je. Tapi sekarang saya dah berjaya kelar dari dunia ‘comfort zone’ saya.

Just nak share macam mana saya boleh terbuka minda untuk berubah dan berhenti beralasan terlau sibuk dan tak cukup masa. Menjadi seorang P engedar Shaklee  betul-betul merubah skop pandangan saya tentang kehidupan.

Saya sangat suka dengan perkongsian seorang hamba Allah yang betul-betul menyedarkan saya, “Setiap orang diberikan jumlah masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Tiada yang dapat lebih mahupun kurang walau sesaat. Yang membezakannya ialah cara masa tersebut digunakan.”

Selepas tu sekali lagi saya diberikan petunjuk oleh Allah, Mak  Shaklee  saya dah berjaya buktikan beliau boleh berjaya hingga ke tahap ‘Master’ walaupun semasa beliau masih bekerja. Malah dugaan beliau lebih besar sebab memiliki 3 orang anak lelaki(salah seorang adalah anak istimewa) dan memasak ialah rutin wajib setiap hari walaupun sampai di rumah hanya setelah malam menjelma.

Seterusnya minda saya makin terbuka bila berkenalan dengan bonda saya yang memiliki 4 orang anak kecil(salah seorangnya memiliki masalah kesihatan yang agak serius dan memerlukan perhatian yang lebih). Kehebatan beliau ialah sangat fokus dengan impian beliau dan beliau telah pun buktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.

Itulah antara titik permulaan saya untuk berubah. Memang agak lama masa yang saya ambil tapi Alhamdulillah saya sedang dalam perjalanan untuk merealisasikan impian saya di dunia yang sementara ini dan akhirat yang kekal melalui bisnes  Shaklee .

Sori, tak sedar terpanjang pulak cerita tentang perkara yang membuka minda saya. Tapi saya memang rasakan ianya sangat penting untuk dikongsikan kerana saya pasti anda mungkin tertanya-tanya apakah ‘turning point’ saya untuk berubah.

Berbalik semula kepada diari saya sebagai seorang  Pengedar Shaklee . Sebenarnya sama juga macam isteri/ibu-ibu yang lain. Saya juga perlu uruskan suami dan anak-anak sebelum ke pejabat. Prinsip saya semasa di pejabat, fokus hanya kepada urusan pejabat.

Saya akan gunakan 1 jam masa rehat yang ada untuk makan sambil teruskan tugas saya sebagai  Pengedar Shaklee  dan selebihnya pula saya gunakan masa selepas waktu pejabat. Selalunya saya hanya akan sampai ke rumah selepas maghrib dan adakalanya selepas Isyak(bergantung kepada tugas di pejabat).

Syukur sebab saya ada suami yang sangat memahami dan banyak membantu uruskan anak-anak semasa saya masih di pejabat. Mungkin sebab dia tahu  Shaklee  ialah salah satu ‘passion’ saya.

Rutin saya bila sampai dirumah ialah uruskan keperluan anak-anak untuk ke taska dan sekolah serta kelengkapan kami untuk bekerja esoknya. Dah selesai semuanya urusan termasuk kewajipan saya sebagai hamba Allah, barulah saya akan jenguk sekejap tugas saya sebagai  Pengedar Shaklee .

Selalunya saya akan usahakan untuk tidur sebelum pukul 12.00mlm supaya saya boleh bangun untuk solat tahajjud dan sambung urusan bisnes  Shaklee  saya.

Masa bangun tengah malam ni la selalunya saya gunakan untuk update blog, FB Page dan setting untuk update FB Timeline saya. Syukur sangat dengan adanya teknologi yang canggih saya boleh ‘schedule’ kan post-post saya untuk keesokan harinya (walaupun pada waktu pejabat).

Masa sebelum subuh ni idea memang mencurah-curah. Tu yang kadang-kadang tak perasan dah banyak sangat rupanya schedule post saya. Siap boleh buat untuk 3 hari lagi tu.hehe

Saya akan teruskan sampai ke subuh sebab saya takut tertidur dan terlepas solat subuh. Biasanya saya akan rehat sekejap dalam pukul 6.30am untuk sediakan diri saya untuk ke pejabat pula.

Masa mula-mula nak amalkan rutin ni memang rasa agak berpinar tapi Alhamdulillah selepas berjaya istiqamah sekarang dah mula terasa nikmatnya. Semuanya dengan bantuan Allah serta hasil daripada pengambilan vitamin-vitamin  Shaklee  yang saya amalkan.

Sekian sahaja perkongsian dari saya tentang Diari Seorang  Pengedar Shaklee  yang tak seberapa ni. Saya tahu di luar sana ramai lagi yang hebat dan padat diari mereka daripada saya.

Semoga bermanfaat untuk anda. Saya tinggalkan anda dengan beberapa soalan di bawah:

Bagaimana anda uruskan 24 jam anda? Di mana anda sekarang dengan rutin yang anda lalui saban tahun? Adakah anda puas hati dengan hidup sebegitu dan takde rasa apa-apa melihat orang lain yang berjaya dalam hidup dan dapat rezeki lebih banyak sehingga mencecah jutaan ringgit sebulan?

 Jom sertai saya dan rakan-rakan seperjuangan sebagai  Pengedar Shaklee  bersama ubah hidup dan capai hidup luar biasa sekarang!!!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose