Diabetes – Rawatan Awal Dan Pencegahan

DIABETES Melitus atau dikenali sebagai Kencing Manis bukanlah sejenis penyakit yang asing bagi masyarakat kita. Diabetes adalah dari perkataan Greek bermaksud “Melalui” dan Melitus perkataan Latin bermaksud “Madu“. Ia merujuk kepada kes gula yang muncul dalam air kencing. Malah beberapa kes pada zaman dahulu menemui semut memakan air kencing pesakit diabetes.

Setiap hari tanpa disedari, kita mungkin berhadapan atau berdiri ataupun makan di sebelah seorang pesakit diabetes. Setiap satu dalam tujuh orang dewasa di Malaysia menghidapi diabetes.

diabetes

 

Ada banyak faktor yang boleh menyumbang kepada penyakit ini seperti masalah berat badan, pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat, keturunan atau sejarah keluarga (diabetes ada hubungkait kuat dalam keluarga). Begitu juga peningkatan umur, kurang bersenam dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif – ciri yang ada pada kebanyakan masyarakat kita. Wanita yang mengalami masalah diabetes ketika hamil mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit ini.

Diabetes boleh dibahagikan kepada dua jenis/kategori iaitu:

I. Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I;
II. Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II. Jenis yang paling banyak dialami adalah jenis II.

vitamin untuk diabetes

Bagaimana mengesan Kencing Manis dan kenali simptom-simptomnya:-

Jika anda mengalami gejala-gejala dibawah ni, anda disarankan menjalani ujian untuk diabetes.

  • luka yang lambat sembuh
  • jangkitan pada sistem pembuangan air kencing dan kemaluan
  • kebas kaki
  • dahaga,
  • kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak
  • letih dan lesu
  • berat badan menurun tanpa sebab

Kebanyakan orang tidak sedar mereka menghidap diabetes. Di Malaysia, pakar perubatan menganggarkan kebanyakan pesakit sudah menghidap diabetes bertahun-tahun lamanya sebelum penyakit mereka dikesan. Inilah sebabnya kita perlu mengetahui paras gula darah kita dengan kerap menjalani pemeriksaan. Ia boleh dikesan melalui ujian darah di mana-mana klinik kerajaan atau swasta:

  • “Ujian paras gula ketika berpuasa – Ujian ini biasanya dijalankan pada waktu pagi selepas berpuasa selama lapan jam. Ini bermakna seseorang yang ingin menjalani ujian ini tidak boleh makan atau minum (kecuali air masak) selama lapan jam sebelum ujian.
  • “Ujian paras gula secara rambang – Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak perlu berpuasa.
  • “Ujian oral toleransi glukosa – Dalam ujian ini seseorang akan diberi minum air yang dibancuh dengan 75 gram glukosa. Tahap gula dalam darah akan diperiksa semasa puasa dan selepas dua jam pengambilan 75g glukosa.

Secara lazimnya ujian ini untuk wanita hamil yang disyaki menghidap diabetes di klinik kerajaan. Ramai wanita menghidap diabetes ketika hamil sedangkan mereka tidak pernah mengalami masalah itu. Keadaan ini dipanggil diabetes gestasi yang hanya berlaku ketika hamil. Wanita yang ada masalah ini mempunyai risiko mengalami pradiabetes dan diabetes jenis II kelak.

Biasanya ujian ini bertujuan mengetahui risiko menghidap diabetes gestasi ketika kehamilan memasuki minggu ke-24 hingga 28. Untuk mengesannya, wanita dikehendaki berpuasa selama lapan jam, dan akan diberikan air glukosa (ujian oral toleransi glukosa). Ujian ini sangat penting kerana diabetes gestasi boleh memberi kesan kepada kandungan; antara risikonya ialah badan bayi menjadi besar daripada normal (makrosomia), tahap gula dalam darah bayi terlalu rendah (hipoglisemia), bayi boleh mengalami demam kuning atau bayi boleh mengalami sindrom sesak nafas.

Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, dengan kawalan yang baik, iaitu dengan mengawal paras gula darah, mengamalkan pemakanan sihat, bersenam dan mengekalkan berat badan seimbang; wanita boleh melahirkan bayi yang sihat.

Ada lagi satu perkara penting yang perlu diketahui iaitu ujian untuk mengetahui paras HbA1c. Ini adalah ujian bagi menunjukkan purata gula dalam sel darah merah dalam tempoh tiga bulan. Ia juga menunjukkan sama ada kencing manis anda terkawal atau sebaliknya.

Jika anda menghidap diabetes, anda perlu memastikan paras gula / HbA1c di bawah 7 peratus dan berbincang dengan doktor tahap yang sesuai untuk anda.

Yang pasti, jika ia tidak dikawal, ia boleh mencetuskan pelbagai komplikasi yang lebih teruk membabitkan banyak organ seperti

  • menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada mata (boleh mengakibatkan buta),
  • saraf (kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh cedera tanpa disedari),
  • otak (strok),
  • buah pinggang (kegagalan buah pinggang) dan
  • jantung (serangan jantung).

Oleh itu, berhati-hati dan cegahlah diri anda dari diabetes melalui pemeriksaan awal dan makan makanan yang seimbang serta ambil suplement yang boleh membantu badan anda mencegah diabetes segera. Antara ikhtiar yang boleh saya sarankan adalah Vivix Shaklee. Vivix telah terbukti berkesan membantu ramai pesakit diabetes. Tak rugi mencuba produk hasil kajian Shaklee yang telah belanjakan USD 300 juta utk penyelidikan ni.

Vivix Shaklee

Jom baca testimoni penguna-pengguna Vivix Shaklee di sini

Semoga artikel ni bermanfaat utk pembaca dan penghidap diabetes dapat sembuh dengan mengamalkan vivix.

Kredit – Utusan Melayu Online

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose