9 Makanan Cegah Rambut Gugur

Ramai wanita yang sering mengeluh kerana rambut  gugur. Hampir setiap penjuru rumah dipenuhi dengan rambut anda. Pelbagai petua dan alat penjagaan rambut yang anda dah cuba tapi masih tiada perubahan. Kalau dibiarkan takut-takut nanti botak pula jadinya..:)

Dalam entry kali ni saya akan kongsikan makanan yang boleh diamalkan untuk cegah rambut gugur..

9 Jenis makanan Cegah Rambut Gugur:

1.  Telur dan Daging Ayam – Protein yang terkandung dalam telur dan daging ayam boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah keguguran rambut. Sebabnya sebahagian besar rambut adalah berasal daripada protein.

cegah rambut gugur

2.  Gandum – Selain daripada menambah tenaga, gandum juga berfungsi mempertahankan dan mencegah keguguran rambut.

gandum

 

3.  Buah-buahan kering dan Kekacang – Mengandungi zat besi, sulfur dan biotin yang merupakan sumber utama vitamin E amat penting untuk menguatkan akar rambut dan mencegah keguguran.

buah kering dan kekacang

4.  Tauge – Mengandungi silika yang berfungsi menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baru yang menguatkan rambut.

tauge

5.  Sayuran Hijau – Mengandungi vitamin A dan C yang berfungsi menghasilkan sebum atau pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

sayur hijau

6.  Salmon – Sumber protein asid lemak penting omega 3, vitamin B12 dan zat besi yang sangat penting untuk memelihara kesihatan kulit kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut dan kulit kepala.

salmon

 

7.  Kunyit dan jintan – Merupakan makanan yang bagus dalam merangsang pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

8.  Buah-buahan segar – Membekakan nutrisi yang diperlukan tubuh dan membantu mengurangkan masalah rambut gugur.

buah buahan segar

9.  Makanan Laut – Mengandungi zink yang membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia juga berfungsi untuk membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin dan pertumbuhan rambut.

makanan laut

Senang je kan nak cegah rambut gugur?  Semuanya adalah makanan yang memang selalu anda makanan. Yang menjadi masalahnya samada nutrisi yang anda dapat daripada makanan yang anda makan itu mencukupi atau tidak. Kalau nak tau cukup ke tidak pun senang sangat, kalau banyak rambut gugur tandanya nutrisi yang anda tidak mencukupi..:)

Bagi yang kurang mengambil makanan-makanan seperti di atas jangan risau kerana ada alternatif lain untuk cegah rambut gugur. Anda dicadangkan untuk menambah Zinc Complex ke dalam diet harian anda. Zinc complex terbukti membantu menguatkan akar rambut dan mencegah masalah rambut botak.

Cegahlah masalah rambut anda dari sekarang. Jangan tunggu dah BOTAK baru nak bertindak ye..:)

Inginkan supplement untuk kesihatan rambut anda?

Klik ‘Order Now’ atau SMS/Whatsapp saya di 012-3461698 sekarang juga..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose