Cara Panaskan Susu Ibu(EBM)

Susu ibu atau susu perahan mengandungi pelbagai nutrisi penting yang diperlukan oleh bayi anda. Walaupun kandungan nutrisinya berkurangan apabila ianya dibekukan tetapi khasiatnya masih jauh lebih baik berbanding susu formula. Tapi hati-hati ya, sebabnya kalau cara memanaskan susu ibu salah, susu tu dah takde khasiatnya nanti.

Actually daripada pemerhatian dan pengalaman saya ramai yang tak tahu cara yang betul untuk panaskan susu ibu atau susu perahan ni. So, kali ni saya nak sharekan cara-caranya supaya lebih ramai yang tahu dan boleh sharekan dengan keluarga dan kawan-kawan tentang penyusuan susu ibu.

Cara-Cara Panaskan Susu Ibu/Susu Perahan/EBM:

1. Keluarkan susu ibu yang beku daripada bahagian atas(freezer) dan simpan di bahagian bawah(fridge) malam sebelumnya. Letakkan susu ibu beku di tingkat atas sekali(sebelah dalam fridge). Keluarkan stok susu bergantung kepada keperluan bayi anda untuk kegunaan di rumah pengasuh sahaja.

2. Selain daripada tu boleh juga cairkan susu ibu yang beku menggunakan air paip yang mengalir. Tapi cara ni akan ambil masa sikit so, agak kurang seuai untuk ibu-ibu bekerjaya yang selalu mengejar masa..:)

3. Panaskan susu yang telah dinyahbekukar/dicarikan sepenuhnya di dalam air panas-panas suam. Cara menyediakan air panas-panas suam ialah 1/2 cawan air(paip) + 1/2 cawan air panas. Anggaran suhu air ialah 37-40c. Cara ni mungkin akan mengambil masa sedikit. Untuk yang pertama kali mungkin akan rasa sedikit susah. PERINGATAN: Jangan sesekali panaskan susu ibu menggunakan microwave atau dalam periuk atas dapur ye. Nanti hilang la semua nutrisi-nutrisi penting susu ibu tu.

4. Susu ibu yang dah dicairkan(belum dipanaskan) tahan selama 24 jam. Manakala susu ibu yang telah dipanaskan boleh tahan selama 1 jam sahaja. So, kalau bayi anda menyusu sikit sahaja dan susu tu tak dihabiskan dalam masa sejam sila buang je ye. Takut nanti sebab sayangkan sangat susu tu bayi anda pulak yang dapat kesannya.

5.  Cara mudah untuk panaskan susu ibu ialah gunakan warmer yang direka khas untuk memudahkan pemanasan susu ibu/EBM. And mungkin rasa ragu2 nak invest untuk beli warmer ni tapi percayalah ianya sangat membantu. Especialy untuk digunakan oleg pengasuh anak anda..:)

6. Perhatikan rutin harian penyusuan bayi anda. Lagi bagus kalau anda boleh catatkan masa menyusu bayi anda setiap hari supaya dapat memudahkan pengasuh untuk panaskan susu ibu sebelum bayi bangun dan bayi anda dapat minum susu tepat pada masanya.

7. Pusing-pusingkan sedikit botol susu untuk sebatikan lemak susu yang terpisah. JANGAN goncang dengan kuat. Periksa suhu susu ibu yang telah dipanaskan sebelum beri kepada bayi anda. Caranya ialah titiskan susu dibelakang tangan anda.

Saya sharekan juga cara-cara mmanaskan susu ibu dalam bentuk gambar rajah supaya mudah difahami..:)

cara panaskan susu ibu

Sekian dulu..semoga perkongsian ini dapat bantu anda jayakan sasaran penyusuan susu ibu untuk bayi anda sehingga ke 2 tahun..:)

Kalau anda perlukan vitamin untuk penyusuan hubungi saya di 012-3461698 ye..

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose