Cara Kejutkan Bayi Yang Tertidur Masa Menyusu

Tahniah, kerana akhirnya bayi yang ditunggu-tunggu telah selamat dilahirkan ke dunia. Secara automatiknya anda kini telah pun bergelar seorang ‘ibu/mummy/mama/umi’ etc..:)

Bagi anda yang memilih untuk menyusukan anak dengan susu ibu sekali lagi tahniah saya ucapkan kerana memilih yang terbaik untuk bayi anda!

Pengalaman menyusukan bayi adalah antara pengalaman terindah dalam hidup seorang wanita. Anda akan dapati satu perasaan yang sangat istimewa yang sukar digambarkan. Sekarang ni anda sedang menyusukan bayi yang anda kandung selama 9 bulan 10 hari.

Mungkin ada sebahagian daripada anda yang melalui fasa penyusuan dengan sangat lancar. Tapi mungkin ada sebahagian yang mengalami sedikit kesukaran untuk menyusukan bayi anda. Jangan risau! kerana anda tidak keseorangan. Memang ramai ibu yang menyusukan bayi mengalaminya, terutama sekali bagi ibu-ibu baru..:)

Antara masalah yang sering dihadapi ialah bayi kerap menyusu dan sering menangis(seperti tidak cukup susu). Berdasarkan ilmu yang dipelajari daripada kelas pranatal dan pengalaman menyusukan anak sendiri serta pemerhatian saya, kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini mungkin kerana berlaku kesilapan semasa ‘lekapan’ atau pun bayi sering tertidur semasa menyusu. Bertenang kerana sama seperti anda, bayi anda juga sedang dalam proses pembelajaran untuk menyusu..:)

Kejutkan bayi tertidur

So, dalam entri ini saya ingin kongsikan sedikit info tentang cara untuk memastikan bayi anda aktif menyusu dan tidak tidur semasa sebelum kenyang.

Cara Kejutkan Bayi Daripada Tertidur Semasa Penyusuan

  • Panggil bayi anda – Bayi boleh mengenal suara ibunya dan beliau sangat sukakan suara anda.

 

  • Usap bawah dagu bayi anda.

 

  • Gosok secara perlahan di bahagian cuping telinga bayi anda.

 

  • Gosok/geletek tapak kaki bayi anda.

 

  • Menekan sedikit payudara anda apabila bayi mula berhenti menghisap.

 

  • Tanggalkan baju bayi anda jika bayi masih tidur.

Senang je kan caranya? lepas ni boleh la terus apply teknik ni untuk kejutkan bayi anda..tapi yang paling penting sekali anda perlu tenang dan nikmati saat-saat indah menyusukan bayi anda. Sekiranya anda perlukan bantuan akibat keletihan dan masalah-masalah lain jangan segan untuk memohon pertolongan suami atau ahli keluarga anda yang lain. Anda perlu ingat anda bukanlah SUPERWOMAN. Anda hanyalah manusia biasa..:)

Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Kalau anda perlukan Set Penyusuan Shaklee yang awesome tu sms/whatsapp saya di 012-3461698..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


2 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian….
    jemput singgah blog sy juga yee

    http://www.haniqhanisalihah.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose