CARA ATASI MABUK MENGANDUNG

http://mummydinashoppe.blogspot.com/2013/02/cara-atasi-mabuk-mengandung.html
“Aduh!Penatnye..Asyik loya dan muntah je hari ni…” ataupun “eee..bau ape ni?rasa nak muntah dibuatnye..”
Mabuk mengandung adalah perkara normal bagi kebanyakan ibu mengandung..tapi bagi sesetengah yang tidak pernah mengalaminya pasti akan terdengar suara-suara sumbang macam ni..”Alah psikologi je tu..” bagi anda yang  mengalami mabuk mengandung dan pernah terdengar suara sumbang macam tu mesti geram kan..bawak-bawak bersabar je la ye..biarlah Allah je yang balas perbuatan diorang tu..saya pun pernah terima kata-kata sinis macam tu..tapi x perlu la layan ye..JJ

Sebenarnya hari ni saya teringat seorang kawan opis yang sedang mabuk mengandung..since saya pun dah experince 2 kali pregnant dan dua2 kali pun mabuk boleh tahan teruk juga.. rasa terpanggil la untuk share tips-tips yang boleh diamalkan untuk atasi rasa mabuk tu..
Jom tengok apa yang boleh anda buat untuk atasi mabuk mengandung.
Perkara yang paling penting ialah sudah pasti anda perlu mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:
Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
Tulis dalam sebuah diari bila anda berasa lebih teruk – dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap – cuba menghisap ais kiub jika anda muntah air.
Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
Hidulah buah lemon– bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih.
Sediakan teh haliamenggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang.
Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita.
Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
Terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda.
Sumber: Baby Center

Morning Sickness Vs B Complex

Satu cara hebat untuk atasi Morning Sickness anda ialahVitamin B Complex!!Kenapa B Complex bagus untuk atasi rasa loya anda? Kerana ianya mengandungi  Vitamin B6 yang telah terbukti boleh mengurangkan morning sickness anda.
Berita hebatnya ialah Shaklee B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin termasuklah Vitamin B6 JJ

     * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat untuk mencuba produk Shaklee? Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut:
Agent Shaklee anda bagi kawasan Setapak, Cheras, Ampang, Hulu Langat dan Cyberjaya(weekday shj).
FB: www.facebook.com/MummyDinaShoppe
Emel : erni_jusri@yahoo.com
Whatsapp/sms : 012-3461698

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose