BELAJAR PUASA – APA MAKANAN TERBAIK UNTUK ANAK KITA

Makanan untuk anak belajar puasa

Islam menggalakkan ibubapa untuk mendidik anak belajar puasa sejak kecil. Dalam mendidik anak berpuasa ibubapa diseru agar berlembut tanpa memaksa dalam membantu anak berpuasa. Cara yang betul untuk menggalakkan anak-anak berpuasa ialah dengan menerangkan erti puasa sebenarnya dan kenapa Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa.

Perkara lain yang  penting dalam mendidik anak belajar puasa ialah menitik beratkan tentang makanan yang diambil semasa bersahur dan berbuka. In penting supaya anak tidak mudah lapar dan bertenaga dalam melakukan aktiviti harian mereka.

Anda sebagai ibu perlu memastikan makanan anak anda mengandungi semua di bawah:

Makanan Seimbang - Pastikan menu bersahur dan berbuka anak anda mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Makanan Berserat – Kebanyakkan kanak-kanak sering tidak berselera untuk makan makanan yang berat ketika bersahur. Untuk memastikan anak anda mendapat khasiat yang diperlukan gantikannya dengan bijirin penuh. Serat amat penting untuk memastikan anak anda kenyang lebih lama dan kekal bertenaga. Serat juga sangat penting untuk melancarkan sistem penghadaman anak anda.

Protein dan KalsiumSumber ini memang telah diketahui sangat penting untuk tumbesaran anak anda. Galakkan anak mengambil makanan atau minuman yang dapat membekalkan sumber protein dan kalsium secukupnya. Contoh makanan ialah daging, ikan, ayam, kekacang, susu ataupun produk tenusu yang lain.

Karbohidrat - Bagi anak yang tidak berselera untuk makan nasi semsa bersahur atau berbuka puasa, gantikan ia dengan mi, pasta ataupun roti secukupnya.

KurmaKurma ialah makanan sunnah yang sangat bermanfaat kepada tubuh. Kandungan gulanya yang sangat tinggi dan berkualiti yang dapat menghasilkan tenaga segera. Ajar anak makan kurma dahulu semasa berbuka sebelum menjamah makanan lain. Selain ianya bagus untuk penghadaman anak juga akan dapat pahala kerana mengamalkan sunah Nabi.

Minum Air kosongGalakkan anak minum air kosong supaya kekal hidrat. Anda perlu sentiasa ingatkan anak untuk minum bermula dari waktu berbuka sehingga 2 jam sebelum tidur.

Bersederhana - Amalkan bersederhana walaupun tentang makanan. Makanan yang keterlaluan banyaknya tidak akan membantu anak anda untuk menjalani puasa dengan bertenaga.

Bantu anak anda  kekal bertenaga Meal Shakes Shaklee walaupun ketika berpuasa. Ia adalah minuman segera yang amat mudah disediakan dan lazat yang menjadikannya sangat sesuai diminum terutama untuk anak yang baru belajar puasa semasa bersahur dan berbuka. Meal Shakes Shaklee mempunyai pelbagai vitamin dan mineral yang membantu memenuhi keperluan diet harian anak anda. Selain itu, ia juga mengandungi serat yang tinggi yang sangat membantu dalam anak anda untuk kenyang lebih lama.

Dapatkan Meal Shakes anak anda sekarang pada harga istimewa sempena promosi Meal Shakes sehingga 30 june 2013 sahaja!

Klik ‘order Now‘ atau sms ke 012-3461698 sekarang juga untuk persiapan Ramadhan anak anda!!!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose