Tips Banyakkan Susu Ibu

13 Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu

Banyakkan susu ibu

Susu ibu adalah minuman ajaib yang dicipta Allah untuk bayi..kenapa ianya ajaib? sebabnya ianya boleh berubah rasa, warna dan bau mengikut apa yang ibu makan..selain daripada itu juga susu ibu boleh berubah nutrisinya mengikut umur bayi..sangat jauh berbeza kalau dibandingkan dengan susu formula sebab susu formula yang dicipa manusia perlu ditukar mengikut umur bayi anda..So, bagi para ibu-ibu menyusu diluar sana..tahniah saya ucapkan kerana anda adalah insan terpilih oleh Allah..bagi yang sedang hamil buatlah pilihan bijak dari sekarang ye..pilihlah samada anda nak sertai golongan yang terpilih(ibu menyusu) ataupun nak jadi ibu yang bergantung pada lembu/formula untuk susukan bayi anda..Pilihan di tangan anda..:)

So, kali ni saya sharekan tips macam mana nak banyakkan susu ibu..

1) Susukan bayi anda ikut permintaan iaitu sekurang-kurangnya 3 jam sekali..ikut permintaan di sini bukan bermakna kalau bayi tidur biarkan je ye..kalau bayi tidur anda kene kejutkan ye..:)

2) Minum banyak air..pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk memastikan badan anda mempunyai cecair yang cukup kerana kalau anda minum kurang daripada 3 liter badan anda mungkin akan terhidrat. Cecair yang mencukupi sangat penting untuk banyakkan susu ibu.

3) Amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Bila tahap kesihatan anda berada dalam keadaan yang optimum barulah susu akan mudah dihasilkan. Kesihatan yang baik juga memastikan kualiti susu yang lebih baik berbanding ibu yang sakit.

4) Kalau anda ibu bekerjaya, pam susu setiap 3 jam sekali semasa  dipejabat. Rancang jadual pengepaman anda secara konsisten supaya tubuh mendapat isyarat untuk penghasilan susu(membantu mempercepatkan isyarat ‘Let down reflex’ @ susu memancut). Konsisten semasa mengepam susu sangat penting untuk banyakkan susu ibu.

5) Minum air panas-panas suam sebelum memulakan sesi pengepaman. Jangan lupa untuk minum air selepas sesi mengepam untuk menggantikan cecair yang keluar.

6) Buat urutan perlahan-lahan sebelum mengepam untuk melancarkan pengaliran susu. Banyakkan susu ibu amat penting tapi memastikan kelancaran pengaliran susu juga sama penting kerana kalau susu banyak tetapi kalau susu tidak dapat dialirkan keluar ibu akan mengalami bengkak susu.

7) Tenangkan diri dengan melihat gambar atau video klip anak semasa mengepam. Aktiviti ini dapat merangsang mood yang menenangkan seterusnya dapat membantu banyakkan susu ibu.

8) Pam susu selepas menyusukan bayi untuk mengosongkan payudara. Apabila payudara kosong otak akan menghantar isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan susu.

9) Pam payudara yang sebelah lagi semasa anda menyusukan bayi.

10) Pam susu diantara selang masa bayi anda menyusu. Contohnya, kalau bayi anda menyusu pada pukul 11pm & 2pm anda boleh pam susu pada pukul 1 untuk menggalakkan penghasilan susu.

11) Gunakan pam yang mengepam secara serentak(double). Teknik double pumping’ sangat membantu untuk banyakkan susu ibu.

12) Gunakan teknik power pumping sekiranya perlu iaitu pam susu selama 10 minit, rehat 10 minit, dan sambung lagi pam 10 minit dan rehat 10 minit selama sejam. Sebaiknya teknik ini dibuat pada waktu malam kerana pada masa itu hormon penghasilan susu berada pada tahap yang tinggi. Insyaa Allah power pumping secara konsisten akan menampakkan hasil dalam tempoh seminggu.

13) Makan makanan penggalak susu seperti Alfalfa, soya(kalau nak soya yang paling baik boleh la amik ESP), halba, longan, pucuk manis, pegaga, jantung pisang dan lain-lain.

Kesemua tips yang saya sharekan di atas adalah rahsia penyusuan yang telah saya amalkan untuk kedua-dua anak saya..just nak share yang saya telah berjaya menyusukan anak kedua-dua anak saya secara eksklusif(6 bulan pertama) dan berjaya diteruskan sehingga mereka berumur 2 tahun lebih..sehingga ke saaat artikel ini ditulis anak kedua saya(lelaki) masih menyusu lagi(dia berumur 2 thn 4 bulan)..kalau nak tahu anak pertama saya langsung tak boleh terima apa-apa susu tambahan selain susu ibu sepanjang tempoh penyusuan tersebut(sehingga 2 tahun 2 bulan)..dan oleh kerana semasa menyusukan mereka saya masih belajar secara part time(malam), saya perlu menyediakan stok susu sekurang-kurangnya 24oz setiap hari..memang sangat tough tapi alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah..:)

Alhamdulillah dengan mengikuti tips2 di atas saya telah berjaya mencapai matlamat penyusuan saya..Insyaa Allah kalau anda amalkan tips2 di atas anda juga pasti akan berjaya!..Jangan lupa berdoa pada Alah ye..lagi bagus kalau dapat doa daripada masa mengandung lagi..doa supaya Allah cukupkan susu sampai anak umur 2 tahun..

Sekiranya anda berminat nak dapatkan Set Penyusuan Shaklee yang terhangat dipasaran sila hubungi saya sekarang !

Klik ‘Order Now’ atau sms/whatsapp/call ke 012-3461698

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose