Bahaya Air Kosong Kepada Bayi 6 Bulan Ke Bawah

Mitos air kosong sangat penting untuk membilas lidah bayi selepas menyusu ataupun merawat jaundis telah lama diwariskan sejak zaman ibu-ibu kita lagi. Selalunya alasan yang diberikan ialah kalau tidak diberikan air kosong lidah bayi akan nampak kesan putih atau juga dikatakan susu basi.

bahaya air kosong

 

Sebenarnya perbuatan memberikan air kosong boleh membahayakan bayi yang berumur 6 bulan dan ke bawah. Perbuatan ini boleh meningkatkan risiko bayi mendapat masalah kesihatan dan boleh mengancam nyawa. Fakta yang ramai para ibu tidak tahu ialah 88% daripada susu ibu ialah air. Oleh itu, air susu adalah mencukupi dan bayi tidak perlukan air tambahan selain daripada susu ibu.

 

kandungan susu ibu

 

Manakala, untuk menghilangkan kesan putih pada lidah bayi pula, memadailah dengan mengelap lidah bayi dengan kain lembut yang telah dibasahkan dengan air. Bagi mengatasi jaundis pula, ibu perlu menambah kekerapan penyusuan supaya bayi proses pencernaan bayi lebih aktif dan bilirubin dapat disingkirkan segera melalui air kencing atau najis.

 

Saya kongsikan sedikit info tentang 5 bahaya air kosong kepada bayi yang berumur 6 bulan ke bawah.

 

1.  Mengancam nyawa - Tidak seperti susu ibu yang telah ditapis oleh sistem tubuh anda, air kosong yang anda beri mungkin mengandungi kuman yang boleh mengancam nyawa anak anda. Lazimnya bayi yang meminum air yang tercemar sering terdedah kepada masalah cirit birit.

 

2.  Menghakis perlindungan penyakit – Susu ibu memberikan lapisan perlindungan kepada bayi anda. Sebaliknya air kosong pula menghakis perlindungan tersebut.

 

3.  Menyebabkan sawan tarik – Bayi dibawah 5 minggu yang diberikan air kosong berisiko mendapat sawan tarik kerana air yang berlebihan boleh menyebabkan garam dalah tubuhnya cair. Seterusnya ia akan mengakibatkan penurunan suhu badan, kembung dan sawan tarik atau oral water intoxication.

 

4.  Membantutkan proses tumbesaran – Bayi yang diberi air kosong akan berasa kenyang dan kurang berminat pada susu ibu dan akhirnya bayi anda akan kekurangan nutrisi. Ini akan menjejaskan taha pertumbuhan dan kesihatan bayi anda.

 

5.  Memudaratkan akal – Air kosong boleh meningkatkan tahap bilirubin dalam darah. Sekiranya bayi anda mengalami jaundis, pemberian air kosong akan mengakibatkan jaundisnya bertambah teruk dan boleh menyebabkannya mengalami masalah terencat akal.

 

Saiz perut bayi anda yang baru dilahirkan hanyalah sebesar syiling 20 sen sahaja. Jadi, janganlah mudah percaya pada kata-kata orang-orang sekeliling agar memberikan air kosong kepada bayi anda. Susu ibu adalah minuman terbaik bayi anda. Komposisinya sangat istimewa dan tidak perlu ditambah atau diolah lagi.

 

Sebelum menerima nasihat daripada orang sekeliling anda pastikan anda dapatkan nasihat daripada doktor/pakar terlebih dahulu. Jangan sampai bayi anda yang tidak berdosa pula yang menerima akibatknya. Jadilah ibu yang berilmu bukan mengikut sahaja tanpa mengetahui kebaikan atau keburukan disebalik tindakan anda.

 

Jemput baca tentang Kolostrum – manfaat cecair emas untuk perlindungan bayi anda di sini

Perlukan supplement untuk membantu penyusuan susu ibu? Ramai ibu-ibu diluar sana yang sangat berpuas hati kesan pengambilanSet Penyusuan Shaklee yang dijamin selamat dan berkesan. Anda bila lagi? Insyaa Allah Set Penyusuan Shaklee akan  membantu anda untuk membanyakkan susu badan sehingga anda tidak perlu berikan air kosong kepada bayi anda!

Hubungi saya untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee anda sekarang!

 

SMS/Whatsapp saya ke 012-3461698!

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose