Apakah Kepentingan Asid Folik Kepada Ibu Hamil?

http://mummydinashoppe.blogspot.com/


Apakah Asid Folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat . ia boleh diperolehi daripada kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah-buahan, dan juga yis serta ekstrak daging lembu. 

Kenapakah Ibu hamil perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

Berapakah banyak asid folik Ibu hamil perlukan?

Sebelum hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

·         bayam, 1 cawan;
·         kacang bendi, setengah cawan;
·         asparagus, setengah cawan;
·         lentil, setengah cawan;
·         hati, 1 keping;
·         11 kubis brussels;
·         kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
·         emping bran, 7 sudu makan;
·         germa gandum, 25g / 1 aun;
·         betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
·         brokoli kukus, 2 pucuk;
·         buah oren saiz besar;
·         nasi putih, setengah cawan;
·         oat, setengah cawan;
·         kacang merah, setengah cawan;
·         jagung saiz besar, 1;
·         biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Credit: http://www.babycenter.com.my/a1033084/mengapa-asid-folik-diperlukan#ixzz2HxM2GVP9

Set Ibu Mengandung Shaklee membantu para ibu mengandung mendapatkan nutrisi lengkap yang diperlukan tubuh. Adakah kandungan folat dalam Set Ibu Mengandung Shaklee mencukupi?

http://mummydinashoppe.blogspot.com/
Ya, kerana kandungan folat didalam Vitalea ialah 200mcg dan B Complex pula mempunyai Folat sebanyak 200 mcg juga.  Selain itu, Set Ibu Mengandung Shakleejuga mempunyai Vitamin C yang dapat membantu penyerapan Iron(nutrisi yang terkandung dalam Vitalea) yang berfungsi menyeimbangkan tekanan darah anda.
Disamping itu, Set Ibu Mengandung Shaklee juga mengandungi Kalsium(Ostematrix) yang diperlukan semasa mengandung . Kalsium diperlukan bagi mengelakkan kekejangan yang sering dialami oleh ibu mengandung.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Ingin cuba Set Ibu Mengandung Shaklee?Hubungi kami hari ni!

Agent Shaklee anda bagi kawasan Setapak, Cheras, Ampang, Hulu Langat dan Cyberjaya(weekday shj).
FB: www.facebook.com/MummyDinaShoppe
Emel : erni_jusri@yahoo.com
Whatsapp/sms : 012-3461698

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose