ADAKAH BAYI ANDA MENDAPAT SUSU YANG MENCUKUPI

Tips Untuk Mengenalpasti samada bayi anda mendapat susu secukupnya.

Bagi yang pertama kali menjadi ibu mesti risau kalau bayi anda asyik menangis je ataupun kerap menyusu..lagi menambahkan kerisauan bila ahli keluarga yang lain sibuk cakap yang susu anda tidak mencukupi..saya pun pernah melalui saat macam tu..tapi saya hanya senyum, positifkan diri dan menyusu jugak ikut demand bayi saya..:)

Sebenarnya adalah normal sekiranya bayi anda kerap menyusu dalam tempoh beberapa hari pertama kelahirannya..so, jangan risau kalau bayi anda menyusu sehingga 15 kali sehari..kan ke susu ibu tu sangat istimewa dan sangat mudah dicerna oleh sistem penghadaman bayi..:)

Bagi membantu meredakan tahap kerisauan anda, kali ni saya nak share tentang tips untuk mengenalpasti samada bayi anda dapat susu yang yang secukupnya..antara tanda-tandanya ialah:

  • Bayi anda menyusu 8 hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
  • Payudara anda telah dikosongkan sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
  • Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
  • Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.
Sumber: baby centre

Macam mana? bayi anda ada tanda-tanda di atas tak?kalau ada sah la yang anda tak perlu risau-risau, sebabnya memang bayi anda dapat susu yang secukupnya dari anda..jangan dilayan cakap-cakap orang sekeliling yang membandingkan bayi anda yang menyusu susu ibu dan bayi yang minum susu lembu/formula..dah sah-sah la susu manusia lebih baik dari susu binatangkan..:)

Oh ye, lupe nak bagitau tadi..sebaiknya masa mengandung tu belajar la sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan..dan kalau boleh libatkan sekali suami anda supaya nanti bila ada yang membangkang, suami anda pun boleh tolong jawabkan..:)

Semoga bermanfaat untuk para ibu!

Bagi yang inginkan vitamin terbaik untuk ibu berpantang dan menyusu boleh la hubungi saya di 012-3461698..insyaa Allah saya dengan senang hati akan cuba membantu anda..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose