8 Tips Tidur Lena Ketika Hamil

Ibu hamil sering mengalami masalah untuk tidur lena. Tambah-tambah lagi bila usia kandungan dah semakin ke penghujungnya. Tapi jangan risau kerana perkara ini adalah normal untuk anda. Ramai lagi ibu hamil yang mengalami masalah yang sama macam anda..:)

Masalah sukar tidur lena ni berlaku kerana pelbagai faktor, antaranya ialah akibat perubahan hormon kerana anda sedang hamil. Jom saya kongsikan tips untuk mendapatkan tidur lena semasa hamil.

Tidur lena semasa hamil

Ni contoh je ye..bukannya saya nak suruh anda beli bantal ni..hehe

8 Tips Tidur Lena Semasa Hamil

1. Kurangkan Minum – Kurangkan pengambilan air di waktu malam terutamanya beberapa jam(sebaiknya 2 jam) sebelum waktu tidur. Nak lebih baik, minum dengan kerap pada waktu siang supaya tubuh anda dapat air secukupnya kerana kalau terkurang minum anda mugkin berisiko mengalami sembelit pulak nanti..:)

2. Amalkan Senaman Pada Siang Hari – Ibu hamil perlu mengamalkan senaman yang bersesuaian untuk memastikan kesihatan anda berada di tahap optimum. Senaman juga dapat membantu melancakan peredaran darah dan mengelakkan masalah kejang kaki di waktu malam. Tapi ingat ye, jangan pulak anda buat senaman tu dalam masa 3 jam sebelum tidur pulak. Kalau tak memang confirm la ansa tak boleh tidur langsung dibuatnya..:)

3. Amalkan Rutin – Latih diri untuk melakukan rutin yang teratur secara konsisten setiap hari sebelum tidur. Sebagai contoh minum susu, berus gigi, solat sunat, membaca  etc sebelum tidur. Lama-kelamaan tubuh anda akan menerima isyarat secara automatik daripada otak bahawa ‘sekarang ialah masa untuk tidur’.

4. Tidur Mengiring – Posisi terbaik untuk tidur lena semasa hamil ialah dengan tidur mengiring ke kiri tubuh. Ia dikatakan dapat melancarkan peredaran darah. PENTING: Jangan sesekali tidur menelentang ye sebabnya posisi ni akan membebankan bahagian belakang anda dan boleh menyebabkankan anda sakit pinggang. Kalau dah sakit pinggang tu memang confrm la anda tak boleh tidur lena..:)

5. Kawal Diet – Amalkan pemakanan seimbang untuk memenuhi keperluan anda dan bayi di dalam kandungan. NO CAFFEIN, jangan makan/minum makanan atau minuman yang mengandungi kafein kerana ia menyebabkan anda makin susah nak tidur.

6. Elakkan Pedih Ulu Hati – Caranya ialah jangan baring atau tidur dalam tempoh 1-2 jam selepas makan. Selain itu elakkan memakan makanan yang berempah, pedas, berasid, bergoreng atau berlemak kerana ia boleh menyebabkan anda pedih ulu hati dan sukar tidur.

7. Tidur Siang – Kalau anda dah cuba kesemua tips diatas tapi masih susah nak tidur lena pada waktu malam, pastikan anda menggantikan tidur anda pada waktu siang. Tidur sangat penting untuk membantu anda berehat dan mengurangkan keletihan. Bagi yang bekerja  gunakan masa rehat anda untuk tidur sekejap sekurang-kurangnya 10 minit.

8. Bantal Tambahan – Untuk memastikan anda lebih selesa, anda boleh gunakan bantal-bantal tambahan yang boleh membantu menyokong tubuh anda. Caranya ialah dalam posisi mengiring, letakkan sebiji bantal dibawah lutut dansebiji lagi di bawah perut.

Jemput baca tentang petua mudah bersalin di sini

Selamat mencuba dan selamat tidur dengan lena..:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose