5 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PENYUSUAN SUSU IBU

Tengah hari tadi ade wedding kawan husband di KL..kebetulan saya duduk semeja dengan kawan husband(lelaki) yang baru dapat anak perempuan. .Dia datang dengan isteri dan baby dia la..sambil makan sempat la saya tanya..

Saya: comelnye baby..breastfeed lagi ke?

Isteri A : a’ah, masih breastfeed.

Saya: dah start buat stok susu ke? (si isteri baru habis pantang dan akan mula bekerja seminggu lagi)

Isteri A: ade la buat sikit-sikit je.sebab mak saya tak suka bagi baby minum susu frozen..kalau saya keje mak yang jaga..dah banyak kali bagi yang frozen tapi mak buang je..mak saya cakap bau dia macam susu basi je..

Saya: hmm, biase la tu..tu memang salah satu cabaran nak breastfeeding..yang penting kite kene educate mak kite dulu pasal breastfeeding ni.

Isteri A: DAAAHHH….!! saya dah educate dah tapi mak memang tak nak jugak (dengan muka kecewa)…tu yang saya sediakan susu formula jugak kat rumah..takut la baby tak cukup susu. Lagipun masa kat hospital dulu pun dah bagi formula jugak..

Ni la antara skrip saya dan isteri dia..sebenarnya situasi macam ni memang selalu saya jumpa..mengikut kajian yang dibuat oleh pakar penyusuan, kebanyakan ibu-ibu yang gagal menyusu kerana tiada ilmu..sebab tu la sejak kebelakangan ni kerajaan banyak buat kempen kesedaran tentang penyusuan..semuanya sebab nak educate para ibubapa tentang penyusuan susu ibu.

Antara kesilapan yang selalu dilakukan ialah memberi susu formula atas alasan tertentu selain daripada saranan doctor. Selain itu, ramai juga dikalangan ibu-ibu tersebut yang menyediakan susu formula di rumah mereka atau pengasuh kerana risau susu mereka tidak mencukupi…ok jom kita baca dulu amalan asas tentang breastfeeding.

penyusuan susu ibu

AMALAN ASAS UNTUK PENYUSUAN SUSU IBU YANG MESTI DIKETAHUI

Anda nak tahu macam mana nak banyakkan susu?nak breast sentiasa penuh dan stok susu banyak sampai stok susu frozen cukup untuk tempoh 6 bulan? Bayangkan 6 bulan punya kos susu formula yang anda dapat jimatkan..memang berbaloi!!

1. Makan makanan seimbang dan berkhasiat

  • Elakkan makan ‘junk food’, minuman berkafien dan berkarbonat.

 

 

2. Berfikiran positif, Tenang & Ceria

  • Pengaliran susu yang lancar hanya boleh berlaku bila kita tenang, happy dan stress free.

 

  • Cuba bayangkan msuka baby anda atau tengok video/ gambar semasa mengepam.

 

  • Vitamin B Complex dalam set breastfeeding Shaklee boleh membuatkan anda happy dan tidak stress.

 

3. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

  • Air sangat penting dalam penghasilan susu ibu. Kalau tak breastfeed pun kita disuruh minum 2 liter sehari, apa lagi ibu yang perlu menghasilkan susu.

 

4. Pam susu sekurang-kurangnya 3 jam sekali.

  • Kosongkan breast setiap kali mengepam kerana bila breast kosong otak akan hantar signal untuk proses susu lagi.

 

  • Makin tinggi kekerapan penyusuan/mengepam, makin banyak susu akan dihasilkan.

 

5. Berdoa dan Tawakkal.

  • Amalkan doa agar diperbanyakkan susu dan dipermudahkan penyusuan sejak mengandung lagi. Tekadkan diri untuk menyusukan bayi seperti yang termaktub dalam Al-Quran.

 

Jadikan penyusuan susu ibu adalah kewajipan dan bukannya pilihan semata-mata. Maksudnya anda tiada pilihan lain (bayangkan tiada susu formula macam zaman Nabi). Kalau anda Istiqamah buat semua tips di atas, Inshaa Allah susu anda akan banyak dan pasti cukup sehingga 2 tahun atau lebih.

Mungkin ada yang kata itu hanya teori sahaja. Alhamdulillah, saya dah berjaya susukan ke dua-dua anak saya hingga lebih dari 2 tahun. In fact sekarang dah masuk 2 tahun 2 bulan saya menyusukan anak bongsu saya dan breast masih mengalami bengkak susu. Jadi saya yakin ibu-ibu yang lain diluar sana pun boleh berjaya juga sama macam saya.

Dapatkan set Breastfeeding Shaklee dari saya dan saya sedia membantu menjayakan misi penyusuan anda di samping berkongsi pengalaman.

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose