5 Perkara Penting Tentang Bayi Baru Lahir

Alam keibubapaan ialah alam yang mencabar bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata. Sebagai ibubapa baru ada pelbagai ilmu baru tentang bayi yang akan anda pelajari setiap hari.

Bayi Baru Lahir

Bagi ibubapa yang telah mengambil inisiatif menimba ilmu-ilmu penting tentang  Bayi Baru Lahir , anda mungkin akan melalui momen-momen indah ini dengan mudah dan lancar. Sebaliknya, ibubapa yang tidak menghadiri kelas antenatal mahupun menambah ilmu melalui pembacaan mungkin akan mengalami kejutan budaya pada bulan-bulan pertama kelahiran bayi anda.

Walau bagaimanapun, masih belum terlambat untuk anda belajar mengenai bayi anda. Terdapat 5 perkara penting yang anda perlu tahu mengenai  Bayi Baru Lahir .

5 Perkara Penting Tentang  Bayi Baru Lahir :

Bayi Baru Lahir

1) Kulit bayi sangat sensitif

Bayi yang baru lahir mempunyai kulit yang 30% lebih nipis daripada kulit orang dewasa. Kulit bayi juga sangat mudah terjejas disebabkan oleh kelembapan dan bakteria. Sebab tu la kulit bayi sering kemerah-merahan bila terkena susu dan air liur(di bahagian mukan), serta mengalami ruam(dibahagian punggung) akibat terdedah kepada kelembapan.

Oleh itu, anda perlu pastikan bahawa kulit bayi anda tidak terlalu kering dan tidak terdedah kepada keadaan basah terlalu lama. Salah satu cara untuk pastikan bayi anda bebas daripada ruam lampin ialah dengan menukarkan lampinnya dengan kerap.

2) Berat badan bayi anda akan semakin menurun

Jangan risau jika anda dapati berat badan bayi anda yang baru lahir menurun sebanyak 7-10% pada beberapa hari pertama selepas kelahirannya. Ia adalah normal. Berat bayi anda menurun kerana kehilangan cecair berlebihan dan bukannya kerana tidak cukup susu. Insyaa Allah, berat bayi anda akan meningkat naik semula selepas 2 minggu.

3)Bayi dilahirkan dengan rabun jauh

Fakta yang anda perlu ketahui tentang deria penglihatan bayi anda ialah bayi hanya boleh melihatk objek dengan jelas pada kada 20 hingga ke 25 sm sahaja. Bayi memang sangat gemar melihat muka orang-orang disekelilingnya. Berikan senyuman manis anda dengan merapatkan muka anda apabila bersama si manja.:)

4) Bayi tersentak semasa tidur

Tabiat bayi yang sering tersentak semasa tidur ialah perkara biasa. Bayi anda juga mungkin akan tidur dengan mata yang tidak tertutup sepenuhnya. So, jangan hairan jika anda lihat bayi anda tidur tetapi nampak mata putihnya. Anda cuma perlu rapatkan kelopak masanya dengan perlahan-lahan.

5) Kulit dan mata putih bayi berwarna kekuningan

Jika anda dapati warna kulit dan mata bayi anda berwarna kekuning-kuningan itu adalah petanda bayi anda mengalami  Jaundis .  Jaundis  dan  Bayi Baru Lahir  adalah perkara biasa.  Jaundis  yang normal selalunya akan hilang dalam masa 1-2 minggu.

Carangan untuk mengatasi Jaundis dikalangan  Bayi Baru Lahir  ialah dengan memberikan susu ibu kepada bayi anda dengan lebih kerap. Bayi yang kerap menyusu akan kerap membuang air kecil dan besar. Ia membantu tubuh bayi anda untuk mengangkut keluar  bilirubin  punca  Jaundis .

Jika  Jaundis  bayi anda agak tinggi, dia mungkin akan dirawat menggunakan kaedah fototerapi iaitu sejenis lampu khas untuk masalah jaundis.

Jemput baca tentang  Manfaat Kolostrum  untuk  Bayi Baru Lahir  anda di sini

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jumpa lagi di entry yang seterusnya.:)

Senarai Produk Shaklee dan Harga Shaklee

 
Call to action blog

Share on Facebook


One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You might also likeclose